DR DZULKEFLY AHMAD

Maklumat Diri
Asal
Rembau, Negeri Sembilan
Tarikh lahir
1/1/1956
Pasangan
Datin Seri Azlin Hj Hezri

Dzulkefly Ahmad  merupakan calon PH(AMANAH) bertanding bagi kerusi Parlimen P96(KUALA SELANGOR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. Bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor sejak 2018.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1002 undi

Pada peringkat parti, beliau merupakan Pengarah Strategi Parti Amanah.

Berusia 65, Dr Dzulkefly, merupakan pemegang Ijazah Falsafah Kedoktoran, Ph.D dalam bidang Toksikologi dari Imperial College, St. Mary’s Hospital Medical School, Universiti London UK pada tahun 1993.

Selain itu, beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Sains dari Universiti Surrey dan Ijazah pertama dari Universiti Birmingham, England (1980) dalam bidang yang sama.

Dr Dzulkefly pernah bertugas dalam pelbagai bidang sebelum terlibat dalam politik. Antaranya, beliau pernah menjadi pensyarah tamadun Islam di USM (1987-1997), pengasas dan Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej Jaiputra, Kelantan (1999-2003) dan konsultan di sebuah syarikat pengurus asset di Kuala Lumpur (1999-2001).

Bagi membendung wabak Covid-19, beliau diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC), Ketua Pasukan Petugas Vaksin Pakatan Harapan (PH) dan Penasihat syarikat Farmaseutikal yang berpangkalan di Switzerland.

Baru-baru ini,  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan melantik Dr Dzulkefly sebagai Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.

Meminati bidang penulisan, beliau merupakan penulis di ruang kolumnis untuk penerbitan majalah seperti The Edge dan media portal Malaysiakini serta Free Malaysia Today.

Beliau juga telah menghasilkan beberapa buku dalam bahasa lnggeris dan Bahasa Malaysia seperti 'Blindspot' (2008), Striving For Change (2016), Najibnomics: Rahmat atau Malapetaka? (2016-BM). 

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Dr Dzulkefly daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 29,842 undian ketika menentang Irmohizam Ibrahim daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 21,344 undi. Majoriti undi sebanyak 8,498.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Kuala Selangor wakil PH (2018 hingga kini)
  • Ahli Parlimen Kuala Selangor wakil Pas (2008 hingga 2013)
  • Menteri Kesihatan Malaysia (21 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020)
  • Pensyarah Farmakologi & Toksikologi di Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM, Kelantan
  • Bekas Ahli Persatuan Toksikologi British
  • Bekas pengarah syarikat 
  • Penulis

Lantikan Badan Bukan Berkanun:

  • Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC)
  • Ketua Pasukan Petugas Vaksin Pakatan Harapan (PH) 
  • Penasihat syarikat Farmaseutikal yang berpangkalan di Switzerland
Pendidikan:
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Imperial College (St. Mary’s Hospital Medical School)
  • Ijazah Sarjana Sains dari Universiti Surrey 
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Universiti Birmingham, England
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P96 Kuala Selangor
  • PRU13- P96 Kuala Selangor
  • PRU14- P96 Kuala Selangor
  • PRU15- P96 Kuala Selangor

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan DR DZULKEFLY AHMAD

Video Berkaitan DR DZULKEFLY AHMAD