MUHAMMAD ISMI MAT TAIB

Maklumat Diri
Asal
Kampung Selboh, Parit, Perak
Tarikh lahir
22/5/1974
Anak
9

Muhammad Ismi Mat Taib merupakan calon Perikatan Nasional (PN) bertanding di kerusi Parlimen P69 Parit bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Parit dengan majoriti undi 2,155

Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib adalah ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Muhammad Ismi dilahirkan pada 24 Mei 1974 di Kampung Selboh, Parit, Perak. Beliau memperoleh ijazah sarjana dalam Usuluddin Al-Quran & Al-Hadith dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana muda Bahasa Arab dari Universiti Jordan.

Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengerusi dan Pembimbing Umrah Darul Mubarak Travel & Tours
  • Pensyarah Institut Pendidik Guru KBM, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
  • Pensyarah Sambilan UiTM
  • Guru agama bertauliah
  • Guru
  • Ahli Parlimen Parit (2022)

Jawatan dalam parti:

  • Yang Dipertua Pas Parit
  • Timbalan Pensuruhjaya 1 PAS Perak
  • Pegawai Khas Presiden PAs
  • Setiausaha Lajnah Antarabangsa PAS Pusat
  • Ketua Lajnah Antarabangsa Dewan Ulamak PAS Pusat

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Timbalan Pengerusi Jemaah Pengurusan Pondok Darul Mubarak
  • Penasihat Maahad Tahfiz Darul Mubarak
  • Penasihat Sekolah Rendah Islam At-Ta'lim
  • Penasihat PASTI Kawasan Parit
  • Anggota Kesatuan Ulama' Sedunia
  • Timbalan Pengerusi Lajnah Al-Quds Kesatuan Ulamak Sedunia
Pendidikan:
  • Sekolah Kebangsaan Parit
  • Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab, Universiti Jordan
  • Ijazah Sarjana Usuluddin Al-Quran & Al-Hadith, Universiti Malaya
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P69 Parit
  • PRU13- P69 Parit
  • PRU15- P69 Parit

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P69 Parit N38 Belanja
  • PRU14- P69 Parit N40 Bota