IDRIS AHMAD

Maklumat Diri
Tarikh lahir
19/10/1963
Pasangan
Kamariah Mat Ali

Idris Ahmad adalah ahli dari Parti Islam Se-Malaysia (Pas) yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak.

Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak Pas, Naib Presiden Pas sejak 2015 dan Ketua Lajnah Hal Ehwal Parlimen Pas.

Beliau dilantik sebagai Senator sejak 16 Jun 2020.

Idris dilahirkan pada 19 Oktober 1963 dan bapanya seorang tokoh agama yang dikenali sebagai Tuan Guru Haji Ahmad Kampung Petai.

Anak ke lapan daripada sembilan beradik ini lahir dalam keluarga yang mementingkan pengajian agama.

Kesemua adik-beradiknya adalah lulusan agama.

Abangnya, Datuk Seri Hassan Ahmad merupakan bekas Mufti Pulau Pinang. Seorang lagi abangnya, Datuk Salleh Ahmad merupakan bekas pensyarah dan profesor di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan kemudiannya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

IDRIS AHMAD merupakan calon Perikatan Nasional (PN) bertanding kerusi Parlimen P58 Bagan Serai pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Bagan Serai dengan majoriti undi 18,551

Pencapaian
Kerjaya:
  • Naib Presiden Pas (2015 -kini)
  • Ahli Majlis Syura Ulamak Pas (2015-kini)
  • Ketua Lajnah Hal Ehwal Parlimen Pas
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Kerjaya:

  • Ahli Dewan Negara
  • Ahli Parlimen Bukit Gantang
  • Pensyarah UiTM
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Dakwah dan Kepimpinan (Master) UKM
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera (Dakwah dan Kepimpinan) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 1984-1988
  • Kolej Islam Kelang (KIK) (1980-1983)
  • Maktab Mahmud (1978- 1979)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P5 Jerlun
  • PRU12- P5 Jerlun
  • PRU13- P59 Bukit Gantang
  • PRU14- P59 Bukit Gantang
  • PRU15- P58 Bagan Serai

Kerusi Bertanding DUN: Tiada