RAZMAN ZAKARIA

Maklumat Diri
Tarikh lahir
16/2/1960
Pasangan
Nidhaal Hashim
Anak
6 anak

Razman Zakaria adalah calon Parti Perikatan Nasional (PN) bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N11 Gunong Semanggol pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 7,466 undi.

Bekas EXCO Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil, Razman Zakaria  merupakan ADUN Gunung Semanggol selama sepenggal. 

Beliau merupakan Penaung Maahad Thafiz Al-Quran Lid Da'wah Li Imamah dilahirkan pada 16 Februari 1960.

Mendapat pendidikan tertinggi dalam Ijazah Sarjana Pentadbir Awam dari Universiti Malaya (UM) pada 2002, beliau kemudian mengambil sijil Pengajian Islam Syariah di Universiti Malaya pada 2007 dan melanjutkan pengajian dalam Diploma Tasawur Islam (ILHAM) pada 2015.

Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) pada 1984 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau telah berkahwin dengan Nidhaal Hashim dan dikurniakan enam orang. Anak-anaknya dikenali Mohammad Rifaat, Mohammad Raid, Auni Amirah, Asna Athirah, Mohammad Raziq dan Arisya Amani.

Masing-masing lulusan Universiti Al-Azhar, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Islam Malaysia (UIA).

Razman sebelum dilantik menjadi wakil rakyat merupakan Penolong Kanan Pengarah Kastam Malaysia selama empat tahun (2004 hingga 2008) dan Presiden Pegawai Kanan Kastam Malaysia pada 1995 hingga 2008.

Dalam kepimpinan parti, beliau menggalas tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Yang Dipertua Pas Kawasan Lenggong dan Bendahari Pas Pusat.

Bekas Pengerusi Lajnah Tanah Pas Pusat ini pernah menerima anugerah dan pengiktirafan iaitu Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Selangor, Ahli Ahmad Shah Pahang, Anugerah Khidmat Cemerlang pada 2003 dan 2007 serta Anugerah Kualiti Perdana Menteri tahun 2004.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Razman daripada Pas menang dengan mendapat 7,444 undian ketika menentang Zaini Cha daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 5,541 undi. Majoriti undi sebanyak 1,903.

ARTIKEL BERKAITAN:

Dua ADUN Pas kembali dilantik sebagai Exco Perak

ADUN Pas, Bersatu hantar SD sokong MB baharu

Bukan kesalahan jenayah, Razman tak perlu letak jawatan

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Gunung Semanggol (2018 hingga kini)
  • EXCO Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil (31 Mac 2020 hingga 5 Disember 2020) 
  • Penolong Kanan Pengarah Kastam Malaysia  (2004 hingga 2008)
  • Presiden Pegawai Kanan Kastam Malaysia (1995 hingga 2008)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Pesuruhjaya Pas Negeri Perak (2008 hingga kini)
  • Yang Dipertua Pas Kawasan Lenggong (2008 hingga kini)
  • Bendahari Pas Pusat (2017 hingga kini) 
  • Pengerusi Lajnah Tanah Pas Pusat (2013 hingga 2015)
  • Timbalan Pengerusi Lajnah Tanah Pas Pust (2008 hingga 2013)
  • Timbalan Pengerusi MBK (2013 hingga 2015)

Penglibatan dalam kemasyarakatan:

  • Penaung Maahad Thafiz Al-Quran Lid Da'wah Li Imamah 
  • Pengerusi NGO Satria Prihatin Tanah
  • Penaung Pertubuhan Amal Lengggong
  • Ahli Persatuan Pesara Pegawai Kanan Kastam 

Anugerah dan pengiktirafan:

  • Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Selangor
  • Ahli Ahmad Shah (AAP) Pahang 
  • Anugerah Khidmat Cemerlang (2003 dan 2007)
  • Anugerah Kualiti Perdana Menteri (2004)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Pentadbir AWam UM pada 2002
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) UKM (1984) 
  • Sijil Pengajian Islam Syariah di Universiti Malaya (2007)
  • Diploma Tasawur Islam (ILHAM) (2015)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P55 Lenggong

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P58 Bagan Serai N11 Gunong Semanggol
  • PRU15- P58 Bagan Serai N11 Gunong Semanggol

Video Berkaitan RAZMAN ZAKARIA