WAN HASSAN MOHD RAMLI

Maklumat Diri
Tarikh lahir
7/7/1957
Pasangan
Wan Nusaibah Asiah

Wan Hassan Mohd Ramli merupakan calon Perikatan Nasional (PN) mewakili Pas bertanding di kerusi Parlimen P39 Dungun dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 34105 undi

Dilahirkan pada 17 Julai 1957, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Jerangau, Bukit Besi dan melanjutkan peringkat menengah di Sekolah Inggeris Dungun, Terengganu.

Beliau kemudiannya menyambung pengajian di Pusat Pengajian Taman Islam, Chukai, Terengganu dan berpindah ke Pondok Pasir Tumboh, Kelantan.

Pernah berkhidmat di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Wan Hassan merupakan mantan Exco Pelancongan Sukan dan Kebudayaan Terengganu selama lima tahun.

Menyentuh hal politik, beliau menjadi Ketua Pemuda Pas Kawasan Dungun. 

Kini, Wan Hassan merupakan Yang di-Pertua Pas Dungun.

Beliau turut memegang jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda Pas Terengganu dan AJK Badan Perhubungan Pas Terengganu.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura ini mendirikan rumah tangga bersama Wan Nusaibah Asiah dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Dungun
  • ADUN Sura
  • Exco Pelancongan Sukan dan Kebudayaan Negeri Terengganu (1999-2004)
  • Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri 

Jawatan dalam parti:

  • Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Terengganu 
  • Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Terengganu
  • Ketua Dewan Pemuda Pas Dungun
  • YDP Pas Dungun
Pendidikan:
  • Pondok Pasir Tumboh, Pasir Tumboh, Kelantan
  • Pusat Pengajian Taman Islam, Chukai, Terengganu
  • Sekolah Inggeris Dungun, Terengganu
  • SK Jerangau, Bukit Besi, Terengganu
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P39 Dungun
  • PRU14- P39 Dungun
  • PRU15- P39 Dungun

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P39 Dungun N27 Sura
  • PRU12- P39 Dungun N27 Sura