RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH

Maklumat Diri
Tarikh lahir
14/1/1955
Pasangan
Toh Puan Norilah Salleh
Anak
6 anak

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad merupakan calon Pakatan Harapan (PH) mewakili Parti Amanah Negara (Amanah) bertanding di kerusi Parlimen P36 Kuala Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau merupakan ahli pakar jurubina/arkitek terkenal yang menghasilkan rekaan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung, Muzium Negeri Terengganu dan Istana Melawati (Putrajaya).

Beliau adalah pengerusi kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Angkatan Amanah Merdeka.

Dalam PRU13, beliau bertanding buat kali pertama di kerusi tersebut atas tiket Pakatan Rakyat dan menang dengan majoriti 10,785 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Mohd Zubir Embong.

Beliau gagal meneruskan penguasaan ke atas kerusi tersebut apabila tewas dalam PRU14 dalam saingan tiga penjuru yang menyaksikan calon Pas, Ahmad Amzad Hashim memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 14,773 undi.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pakar jurubina/arkitek
  • Ahli politik

Jawatan dalam parti:

  • Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Terengganu
  • Pengerusi Gerakan Harapan Baharu Terengganu

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Pengerusi Persatuan Perhotelan (MAH)
  • Ahli Badan Warisan Malaysia
  • Pengerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Angkatan Amanah Merdeka
Pendidikan:
  •  Saint John Institute
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman
  • The University of Melbourne.
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P36 Kuala Terengganu
  • PRU14- P36 Kuala Terengganu
  • PRU15- P36 Kuala Terengganu

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P36 Kuala Terengganu N16 Batu Buruk