MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

Maklumat Diri
Telefon
013-7460000
Asal
Kg Seberang Takir, Kuala Terengganu
Tarikh lahir
9/12/1973
Pasangan
Datin Anili Ramli

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali pernah bertugas sebagai guru bahasa di Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra-Universiti (CELPAD), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) pada 1999.

Beliau yang mewakili parti Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), mendapat 37,974 undian ketika menentang Tengku Asmadi Tengku Mohamad daripada parti Barisan Nasional (BN) yang mendapat 29,527 undi. 

Beliau berjaya merebut kerusi Parlimen Kuala Nerus dengan majoriti undi sebanyak 8,447.

Kemenangan itu adalah kali kedua apabila turut meraikan kejayaan sama pada PRU13.

Beliau ketika itu bertanding atas tiket Pakatan Rakyat dengan mendapat undian 33,861.

Mohd Khairuddin menentang Mohd Nasir Ibrahim@Ibrahim Fikri daripada BN yang beroleh 33,251 undi dengan majoriti 610.

Mesra dengan panggilan Ustaz Khairuddin, anak sulung daripada 16 adik beradik ini merupakan pelajar cemerlang sejak di bangku sekolah lagi.

Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu sebelum menyambung pengajian ke Universiti Jordan setelah mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 1992.

Di Universiti Jordan, beliau mengambil jurusan Bahasa dan Kesusasteraan Arab seterunya menyambung ke peringkat sarjana dalam bidang sama di Universiti Aal al-Bayt, Mafraq, Jordan pada tahun 2000.

Minatnya dalam menuntut ilmu kemudiannya membuatkan beliau menyambung ke peringkat doktor falsafah dan memperoleh Ph.D Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2011.

Kecemerlangannya bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga dalam dunia perniagaan.

Beliau merupakan pengasas sebuah syarikat pengeluaran, pengilangan dan pemasaran produk kosmestik. 

Ketika di universiti, beliau menubuhkan Darul Fuqaha Enterprise, iaitu sebuah syarikat penerbitan selain turut turut menceburi beberapa bidang perniagaan lain.

Ustaz Khairuddin mula menceburi dunia politik sebaik sahaja meninggalkan kerjaya dalam bidang pendidikan. 

Beliau aktif dalam Dewan Ulama Pas dan pernah menjadi Bendahari Dewan Ulama Pas Pusat pada penggal 2009 hingga 2011, Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat (2011-2013) dan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat (2013-2017). 

Selain itu, beliau juga pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat sejak 2013 sehingga kini. 

Sebagai AJK Pas Pusat, beliau pernah memegang portfolio sebagai Pengerusi Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan Pas Pusat (2013-kini), Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat (2015-2017) dan Pengarah Institut Strategi PAS Pusat (2013 hingga sekarang). 

Menariknya, beliau turut menulis 15 buah buku dalam pelbagai bidang.

Dengan pencapaian cemerlang beliau dalam pelbagai bidang,  Ustaz Khairuddin telah dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia dalam barisan Kabinet Malaysia 2020 pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Di peringkat antarabangsa, beliau aktif dalam beberapa pertubuhan, antaranya menjadi ahli lembaga pengarah dan penolong setiausaha bagi Persidangan Antarabangsa bagi Ahli Parlimen Islam (IIFP) bermula tahun 2018 sehingga kini. Beliau juga merupakan Bendahari Sayap Pemuda, Persidangan Antarabangsa bagi Parti-parti Politik Asia (ICAPP) bermula tahun 2019 sehingga kini.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia (2020-kini)
  • Ahli Parlimen Kuala Nerus (2013-kini)
  • Pengerusi Eksekutif dan Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha (2004–hingga kini) 
  • Pengasas dan Pengerusi Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz Fuqaha (2008–hingga kini)
  • Pengerusi Sekolah Rendah Islam Pintar, Kuala Terengganu (2008–hingga kini)
  • Pengasas dan Pengarah RD Beauty Industries Sdn Bhd (2008-2020)
  • Pengarah DUPP Management Sdn Bhd (2010-2020)
  • Pengarah Lepu Development Sdn Bhd (2018-2020)
  • Pengasas Darul Fuqaha Enterprise (2002-2013)
  • Pengurus Al Marabi Management (2004-2013)
  • Pensyarah, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM (2006-2008) 
  • Tutor, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM (2002)
  • Pensyarah, Fakulti Bahasa, UIAM (2000)
  • Guru Bahasa di CELPAD, UIAM (1999) 

Jawatan dalam politik:

  • Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas (Disember 2020 hingga kini)
  • Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pas Pusat (2015-2017)
  • Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat (2013-2017)
  • Pengarah Institut Strategi Pas Pusat (2013 hingga kini)
  • Pengerusi Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan Pas Pusat (2013 hingga kini)
  • Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat (2013 hingga kini)
  • Ahli Majlis Syura Ulamak Pas sejak 2013
  • Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat (2011-2013)
  • Bendahari Dewan Ulama Pas Pusat (2009-2011)

Penglibatan dalam pertubuhan dakwah:

  • Ahli Kluster Politik, Majlis Perundangan Islam (2016-2018)
  • Pengasas dan Pengerusi Persatuan Prihatin Ummah Malaysia (2013-2018)
  • Pengasas Sekretariat Penerbit dan Pengedar Buku Islam Malaysia (2008-2013)
  • Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuwan Muslim (2007-2013)
  • Ahli Jawatankuasa Kerja Persatuan Ulama Malaysia (2007-2011)

Anugerah:

  • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2013)
Pendidikan:
  • Doktor Falsafah Pengajian Islam, UKM (2011)
  • Ijazah Sarjana Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Universiti Aal al-Bayt, Jordan (2000)
  • Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Universiti Jordan (1996)
  • Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu (1986-1988)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P35 Kuala Nerus
  • PRU14- P35 Kuala Nerus
  • PRU15- P35 Kuala Nerus

Kerusi Bertanding DUN: Tiada