AHMAD MARZUK SHAARY

Maklumat Diri
Telefon
0129622085 / 0388707040
Email
ahmadmarzuk@jpm.gov.my
Asal
Bachok, Kelantan
Tarikh lahir
7/12/1975
Pasangan
YM Pg Siti Radziah Pg Abdullah

Ahmad Marzuk Shaary merupakan calon PAS bertanding bagi kerusi Parlimen P20 Pengkalan Chepa pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Pengkalan Chepa dengan majoriti undi 38,270

Dilahirkan di Bachok, Kelantan pada 7 Disember 1975, Ahmad Marzuk Shaary mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Gunong, Bachok seterusnya menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Ugama (SMU) (A) Yaakubiah Nipah, Bachok.

Beliau kemudiannya mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang Syariah di Universiti Al-alBayt, Jordan sebelum menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang Hadith di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. 

Ahmad Marzuk kemudiannya mendaftar untuk meneruskan pengajian ke peringkat doktor falsafah di Universiti Malaya (UM).

Anak jati Kelantan ini merupakan anak ketiga daripada lapan beradik kepada pasangan Shaary Awang dan Naimah Hassan.

Beliau menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2001 dengan pilihan hatinya, YM Pg Siti Radziah Pg Abdullah dan telah dikurniakan enam cahayamata. 

Setelah tamat belajar di Jordan, beliau memulakan kerjaya sebagai guru Kementerian Pendidikan (KPM) sehingga tahun 2002 kemudian menyambung kerjaya sebagai guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) sehingga tahun 2004.

Bermula 2004 sehingga 2013 beliau bertugas sebagai Penolong Pengarah Hal Ehwal Agama Islam Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang mana ketika itu beliau menjadi antara pelopor konsep Hospital Mesra Ibadah di Malaysia yang menjadi model sehingga hari ini.

Pada 2013, beliau memulakan kerjaya sebagai seorang ahli politik secara sepenuh masa setelah memenangi Pilihan Raya Umum Kali Ke-13 (PRU13) untuk kerusi Parlimen Bachok dan seterusnya sebagai Ahli Parlimen Pengkalan Chepa bermula 2018.

Pada PRU14), Ahmad Marzuk mewakili Pas memenangi kerusi Parlimen Pengkalan Chepa dengan mendapat 32,592 undian dengan majoriti undi sebanyak 13,232 dalam pertandingan tiga penjuru menentang Datuk Zaluzi Sulaiman daripada Barisan Nasional (BN) yang mendapat 14,901 undi dan Mejar (B) Mohamad Ibrahim daripada Pakatan Harapan (7,435 undi).

Berikutan peralihan kerajaan pada Mac 2020, beliau telah diamanahkan untuk memegang tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Dalam Pas, beliau aktif bersama barisan Pemuda di mana beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas Bachok, Exco Dewan Pemuda Pas Malaysia dan Bendahari Pemuda Pas Kelantan.

Pada November 2019, beliau telah dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (JMK).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) (Mac 2020 hingga ini)
  • Ahli Parlimen Pengkalan Chepa (2018 - kini)
  • Ahli Parlimen Bachok (2013-2018)
  • Penolong Pengarah Hal Ehwal Agama Islam HUSM (2004-2013)
  • Guru YIK (2002-2004)
  • Guru KPM (sehingga 2002)

Jawatan dalam parti:

  • Exco Dewan Pemuda Pas Malaysia
  • Bendahari Pemuda Pas Kelantan
  • Ketua Pemuda Pas Bachok

Anugerah:

  • Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (JMK)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Hadith, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
  • Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Al-alBayt, Jordan
  • SMUA Yaakubiah Nipah, Bachok
  • SK Gunong, Bachok
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P25 Bachok
  • PRU14- P20 Pengkalan Chepa
  • PRU15- P20 Pengkalan Chepa

Kerusi Bertanding DUN: Tiada