NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ

Maklumat Diri
Asal
Kota Bharu Kelantan
Tarikh lahir
22/3/1970
Pasangan
Farah Abdul Fatah
Anak
8 anak

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz merupakan Ahli Parlimen Bachok yang juga Ahli Majlis Syura Ulama’ Pas.

Beliau dilahirkan pada 22 Mac 1970, telah berkahwin dengan Farah Abdul Fatah. Pasangan ini dikurniakan lapan anak.

Anak watan Kota Bharu Kelantan ini telah melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar Cairo Mesir dengan kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda (kepujian) bidang Usuluddin Hadis.

Beliau merupakan anak kepada bekas Mursyidul Am Pas dan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menamatkan pengajian Darul Hadis di Darul Uloom Deoband dan Pengajian Fazil (Al-Qasimi) pada 1995.

Beliau juga pernah melanjutkan pengajian di India pada 1991 dengan mengambil hafazan Al-Quran di Darul Uloom Deoband.

Selepas menamatkan pengajian, Nik Mohamad Abduh memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Yayasan Islam Kelantan di Sekolah Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu pada tahun 1997.

Seterusnya selepas berkhidmat selama tiga tahun di sekolah Maahad terbabit, beliau menjawat jawatan sebagai Pengetua Sekolah Menengah Ugama Arab Darul Anuar pada tahun 2000.

Berpengalaman selama enam tahun sebagai Ahli Majlis Perbandaran (AMP) Kota Bharu Bandar Raya Islam, pada tahun 2006, beliau dilantik Ketua AMP Kota Bharu Bandar Raya Islam.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas selama sepenggal, kini menyandang jawatan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan (Kesedar) sejak dilantik pada 2020.

Menyentuh perjalanan politik, Nik Mohamad Abduh telah menggalas tanggungjawab dalam parti sejak usia muda lagi.

Beliau diberi kepercayaan menyandang jawatan Ketua Pemuda Pas Kawasan Pengkalan Chepa pada  1999 hingga 2009.

Seterusnya, pada 2009 hingga 2015, beliau dilantik Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Kawasan Pengkalan Chepa dan dilantik Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan.

Selepas itu, pada 2011 hingga 2013, beliau menggalas jawatan Timbalan Ketua Pemuda Pas Malaysia.

Memiliki kemahiran bertutur dan membaca dalam bahasa Arab, Urdu dan Inggeris, beliau pernah dilantik Ketua Pemuda Pas Malaysia selama dua tahun sebelum melepaskan jawatan terbabit.

Hobi beliau adalah bersukan dan berkebun.

Pada Pilihan Raya Umum Ke -14, Nik Mohamad Abduh daripada Pas menang dengan mendapat 36,188 undian ketika menentang Awang Adek Hussin daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 32,896 undi dengan majoriti undi sebanyak 3,292.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Bachok (2018 hingga kini)
  • Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Kesedar (2020 hingga kini)
  • Ahli Parlimen Pasir Mas (2013 hingga 2018)
  • Ketua Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (2006)
  • Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (2000)
  • Pengetua Sekolah Menengah Ugama Arab Darul Anuar(2000)
  • Guru Sekolah Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu (1997)

Jawatan disandang dalam politik:

  • AJK Pas Pusat (2017 hingga kini)
  • Ahli Majlis Syura Ulama’ Pas (2015 hingga 2021)
  • Ketua Pemuda Pas Malaysia (2015 hingga 2017)
  • Timbalan Ketua Pemuda Pas Malaysia (2011 hingga 2013)
  • AJK Pas Kawasan Pengkalan Chepa (2009 hingga 2015)
  • Timbalan Ketua Pemuda Pas Negeri Kelantan (2009 hingga 2011)
  • Ketua Pemuda Pas Kawasan Pengkalan Chepa (1999 hingga 2009)
  • AJK Pemuda Pas Kawasan Pengkalan Chepa (1998)
Pendidikan:

Pencapaian akademik:

  • Ijazah Sarjana Muda (kepujian) bidang Usuluddin Hadis Universiti al-Azhar (1995)
  • Pengajian Darul hadis di Darul Uloom Deoband dan pengajian Fazil (Al-Qasimi) (1995)
  • Tamat hafazan  Al-Quran di Darul UloomDeoband India (1991)
  • Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu (1988)
  • Sekolah Menengah Ugama Darul Anuar Pulau Melaka  (1981)
  • Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (Sekarang Kota Jembal) Sering Kota Bharu Kelantan (1976)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P22 Pasir Mas
  • PRU14- P25 Bachok

Kerusi Bertanding DUN: Tiada