TAKIYUDDIN HASSAN

Maklumat Diri
Asal
Sik, Kedah
Tarikh lahir
25/11/1961

Datuk Seri Takiyuddin Hassan merupakan calon PAS bertanding bagi kerusi Parlimen P21 (KOTA BHARU) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu dengan majoriti undi 22,613

Datuk Seri Takiyuddin Hassan atau Datuk Taki merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Parlimen dan Undang-undang) merangkap Ahli Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN).

Anak kelahiran Sik Kedah itu dilahirkan pada 25 November 1961 merupakan Setiausaha Agung Pas sejak 2015.

Mendapat pendidikan tertinggi, Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Universiti Malaya, beliau mulakan kerjaya dalam bidang guaman dengan membuka sebuah firma guaman.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Majistret di Pasir Mas, Kelantan pada 1980-an, kemudian dilantik EXCO Perancangan, Kewangan dan Pentabdiran Awam, pada 1999 hingga 2004 selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10, di DUN Bunot Payong.

Seterusnya, beliau diberi kepercayaan memegang jawatan EXCO Pentadbiran Awam, Kerajaan Tempaan dan Perumahan pada 2004 hingga 2008 dan EXCO Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan pada 2008 hingga 2013 selepas menjadi ADUN Bunot Payong.

Pada PRU ke-13, beliau menang kerusi Parlimen Kota Bharu dan terus menyandangnya selama dua penggal. 

Selain itu, peringkat parti, beliau berusia 58 tahun, sertai Pas pada 1989, kemudian menjadi Ketua Pemuda pada tahun 1999 hingga 2003 sebelum dilantik Ketua Penerangan Kelantan selama setahun.

Beliau juga aktif dalam bidang sukan setelah menjadi Timbalan Presidn Persatuan Bola Sepak Kelantan pada 1996 hingga 1989, kemudian menjadi ahli EXCO Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selama setahun. 

Melihat kesungguhan beliau memartabatkan sukan negara, beliau diberi kepercayaan memegang jawatan Naib Presiden FAM pada 2014 hingga 2018.

Pada PRU-14, Takiyuddin Hassan daripada Pas menang dengan mendapat 28,291 undian ketika menentang Husam Musa daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 22,422 undi dengan majoriti undi sebanyak 5,869.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Parlimen dan Undang-undang)(2020-2022)
  • Ahli Parlimen Kota Bharu (2013-kini)
  • EXCO Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan (2008-2013)
  • EXCO Pentadbiran Awam, Kerajaan Tempaan dan Perumahan (2004-2008)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Setiausaha Agung (2015-kini)
  • Ketua Penerangan Kelantan (2003-2004)
  • Ketua Pemuda Pas (1999-2003)

Penglibatan dalam sukan:

  • Naib Presiden FAM (2014-2018)
  • Ahli EXCO FAM (1997-1998) 
  • Timbalan Presidn Persatuan Bola Sepak Kelantan (1996-1989)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, Universiti Malaya
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P21 Kota Bharu
  • PRU14- P21 Kota Bharu
  • PRU15- P21 Kota Bharu

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P21 Kota Bharu N10 Bunut Payong
  • PRU12- P21 Kota Bharu N10 Bunut Payong