KAMARUDIN JAFFAR

Maklumat Diri
Asal
Wakaf Bharu, Tumpat
Tarikh lahir
3/11/1951
Pasangan
Datin Yushazlinda Yaacob
Anak
4

Kamarudin Jaafar merupakan calon PN(BERSATU) bertanding bagi kerusi Parlimen P124(BANDAR TUN RAZAK) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.  Pengalaman empat penggal berbakti kepada penduduk di Tumpat, Kelantan sebagai Ahli Parlimen, Datuk Kamarudin Jaffar kini menyandang jawatan Timbalan Menteri Luar Negeri pada 10 Mac 2020.

Beliau merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak juga bekas penyandang jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan.

Dilahirkan pada 3 November 1951, di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan. Mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan pada 1958 hingga 1963. 

Pada tahun 1964 hingga 1970, beliau melanjutkan pengajian di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan menyambung pengajian di Universiti Kent Canterbury, England pada 1971 hingga 1974 kemudian di Universiti London tahun 1975 hingga 1976.

Isterinya Kamariah Kamarudin meninggal dunia pada 11 November 2009 kerana kanser usus dan dikurniakan empat cahaya mata.

Selepas hampir dua tahun pemergian isteri tercinta, Kamarudin telah berkahwin dengan Datin Yushazlinda Yaacob pada 10 Mac 2011 yang berlangsung di Kelana Jaya, Selangor.

Bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menceburi bidang politik sebagai ahli UMNO pada 1999, kemudian beralih angin memilih parti Pas sebelum menjadi ahli PKR pada 2015 sehingga 2020.
 
Bagaimanapun pada 24 Februari 2020, beliau keluar dari Parti Keadilan Rakyat bersama Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dan kini menyertai Bersatu. 

Beliau juga bekas setiausaha agung Pas bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) atas tiket PKR di Parlimen Bandar Tun Razak.

Pengalaman lalu membuktikan kemampuannya mengungguli pentas pengundi bandar apabila berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak kepada PKR.

Kejayaan itu sekali gus meneruskan penaklukan PKR ke atas kerusi panas itu untuk tiga penggal berturut-turut selepas diwarisinya daripada penyandang kerusi itu, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam pertembungan tiga penjuru itu, Kamaruddin menang dengan 41,126 undi dan majoriti sebanyak 19,930, menewaskan pencabarnya, calon Barisan Nasional (BN), Adnan Seman (21,196 undi); dan calon Pas, Dr Rosni Adam (7,884 undi)

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri Luar Negeri (2020-kini)
  • Ahli Parlimen Bandar Tun Razak (2018-kini)
  • Timbalan Menteri Pengangkutan (2018-2020)
  • Ahli Parlimen Tumpat (1999-2018)
  • Setiausaha Politik Kepada Timbalan Perdana Menteri,Tun Ghafar Baba ( 1986-1991)
  • Pensyarah, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975-1985)
  • Penolong Setiausaha, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (1974-1975)

Jawatan dalam politik:

  • Setiausaha Agung Pas (2005-2009)
  • Ahli Jawatankuasa Pas Pusat (2003-2005)
  • AJK Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan (2003-2005)
  • Bendahari Pas Kawasan Tumpat (2003)
  • Ketua Umno Bahagian Tumpat 1998
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan
  • Bekas EXCO Pemuda UMNO Malaysia
  • Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sesi 1983-1987
Pendidikan:
  • Universiti London (1975-1976)
  • Universiti Kent Canterbury, England (1971-1974)
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar (1964 -1970)
  • SK Sultan Ibrahim, Pasir Mas (1958 -1963)
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P19 Tumpat
  • PRU12- P19 Tumpat
  • PRU13- P19 Tumpat
  • PRU14- P124 Bandar Tun Razak
  • PRU15- P124 Bandar Tun Razak

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan KAMARUDIN JAFFAR

Video Berkaitan KAMARUDIN JAFFAR