MAHFUZ OMAR

Maklumat Diri
Tarikh lahir
25/8/1957
Pasangan
Datin Wira Ruswati Jaafar

Mahfuz Omar merupakan calon Pakatan Harapan(AMANAH) bertanding bagi kerusi Parlimen P8-POKOK SENA pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar merupakan penyandang Parlimen Pokok Sena selama tiga penggal dan merangkap Naib Presiden Amanah.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah Alor Setar pada 1964. Beliau kemudian ke Sekolah Tunku Abdul Malik pada tahun 1970 sebelum ke Sekolah Menengah Agama Darussadah Titi Besi pada 1975.

Bekas Naib Presiden Pas juga bekas Pesuruhjaya Pas Kedah ini dilahirkan pada 25 Ogos 1957.

Pada Ogos 2023, beliau bertanding sebagai calon Pakatan Harapan pada PRN Kedah.

Beliau mula menjadi Ahli Parlimen Pokok Sena pada 1999 sebelum kalah kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Ibrahim pada 2004, namun memenangi semula kerusi itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 dan PRU Ke-13.

Beliau kemudian meninggalkan Pas dan menyertai Amanah pada PRU Ke-14 dan menang dengan majoriti undi sebanyak 5,558. 

Mahfuz dari Pakatan Harapan mendapat 28,959 undian ketika menentang Muhamad Radhi Mat daripada parti Pas yang mendapat 23,401 undi.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Pokok Sena (2008-kini)
  • Timbalan Menteri Sumber Manusia(2018-2020)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Naib Presiden Amanah (2018-kini)
  • Bekas Pesuruhjaya Pas Kedah (2013-2015)
  • Bekas Naib Presiden Pas
Pendidikan:
  • Sekolah Menengah Agama Darussadah Titi Besi (1975)
  • Sekolah Tunku Abdul Malik (1970)
  • SK Titi Gajah Alor Setar (1964)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU PRN15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P8 Pokok Sena
  • PRU12- P8 Pokok Sena
  • PRU13- P8 Pokok Sena
  • PRU14- P8 Pokok Sena
  • PRU15- P8 Pokok Sena

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU PRN15- P9 Alor Setar N14 Alor Mengkudu