SHAHAR ABDULLAH

Maklumat Diri
Asal
Kuantan, Pahang
Tarikh lahir
6/12/1980

YB Dato' Indera Mohd Shahar Abdullah merupakan calon Barisan Nasional (UMNO) bertanding bagi kerusi Parlimen P84 Paya Besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 menang dengan mendapat 16,120 undian ketika menentang Aireroshairi Roslan dari Perikatan Nasional, Ahmad Azam Mohamad Salled dari Pakatan Harapan dan Rosminahar Mohd Amin dari Gerakan Tanah Air dengan majoriti undi sebanyak 1,317.

Pada 14 Disember 2021, beliau telah menerima anugerah Darjah Kebesaran peringkat Pertama Sri Indera Mahkota yang membawa gelaran Dato' Indera daripada AADK Daerah Kuantan.

Selain itu, sebelum ini menang dengan majoriti besar adalah satu pencapaian yang membanggakan buat calon yang bertanding dalam pilihan raya.

Begitulah kejayaan Mohd Shahar Abdullah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dalam merebut kerusi Parlimen Paya Besar, Pahang.

Beliau yang mewakili parti Barisan Nasional (BN) meraih majoriti sebanyak 5,742, mengalahkan calon lawan daripada Pas, Mohamad Azhar Mohd Nor yang mendapat 13,291 undi dan calon Pakatan Harapan (PH) (11,776).

Dalam pertembungan tiga penjuru itu, beliau memperoleh undi keseluruhan sebanyak 19,033.

Dilahirkan pada 6 Disember 1980, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Panching Selatan, Sungai Lembing, Pahang sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah (SM) Vokasional Kemaman, Terengganu.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). 

Minatnya dalam bidang kejuruteraan eletrik mendorong beliau untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sama di UTM dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dengan keputusan cemerlang, CGPA 3.95.

Kerjaya politiknya bermula sebagai Ketua Pemuda UMNO Paya Besar sebelum dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Pahang. 

Kini beliau diberi kepercayaan sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia. 

Beliau yang juga Ahli Persatuan Komanwel ini pernah berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Setiausaha Parlimen dan Setiausaha mantan Menteri Pendidikan di Kementerian Pengajian Tinggi. 

Pada 9 Mac 2020, beliau dilantik Timbalan Menteri Kewangan II. 

Anak kelahiran Kuantan ini merupakan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Kuala Lumpur (UniKL) (2017-2018), Yayasan Pahang (2018-2019) dan Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC).

ARTIKEL BERKAITAN:

PKPD: Warga Kuantan perlu kekal tenang

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Paya Besar (2018 hingga kini)
  • Timbalan Menteri Kewangan II (Mac 2020 - hingga kini)
  • Ahli Persatuan Komanwel (CPA)
  • Ahli Persatuan Inter-Parliamentary Union (IPU)
  • Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC)
  • Ahli Lembaga Pengarah Pemegang Amanah Yayasan Pahang (2018-2019)
  • Ahli Lembaga Pengarah UniKL (2017-2018)
  • Pegawai Khas Setiausaha Parlimen
  • Setiausaha Menteri Pendidikan Malaysia

Jawatan dalam parti politik:

  • Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia
  • Ketua Pemuda UMNO Pahang
  • Ketua Pemuda UMNO Paya Besar
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik UTM
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik UTM
  • SM Vokasional Kemaman, Terengganu
  • SK Panching Selatan, Sungai Lembing, Pahang
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P154 Mersing
  • PRU15- P84 Paya Besar

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P154 Mersing N32 Endau
  • PRU12- P154 Mersing N33 Tenggaroh

Artikel Berkaitan SHAHAR ABDULLAH

Video Berkaitan SHAHAR ABDULLAH