MAHDZIR KHALID

Maklumat Diri
Asal
Kampung Atong, Mukim Jabi, Pokok Sena, Kedah
Tarikh lahir
15/12/1960
Pasangan
Datin Seri Noraini Abdullah
Anak
4 anak

Bekas Menteri Besar Kedah ke-8, Datuk Seri Mahdzir Khalid merupakan Ahli Parlimen Padang Terap sejak 2013 dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mahdzir dahulunya seorang pendidik merupakan anak sulong dari empat orang anak pasangan petani, Allahyarham Khalid Yaakob dan Puan Che Dah Yaakob.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena dan meneruskan pengajian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pokok Sena dan SMK Datuk Syed Omar, Alor Star.

Bagi membuktikan keupayaan sebagai pelajar yang cemerlang apabila terpilih melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia mulai tahun 1980 hingga 1984 dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. 

Semasa di kampus, bakat kepimpinan mula terserlah apabila terpilih sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM pada 1981 hingga 1982.

Hasil dari perkongsian hidup dengan isteri tercinta, Datin Seri Noraini Abdullah, yang juga seorang guru, mereka telah dikurniakan dengan empat orang anak. 

Setelah menamatkan pengajian, beliau terus berbakti kepada rakyat sebagai pegawai pendidikan di Negeri Sabah sehinggalah beliau dilantik sebagai Pengetua SMK Gadong, Beaufort, Sabah. 

Dari segi politik, beliau merupakan bekas Setiausaha Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah dan pernah menjadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pokok Sena. 

Sekarang, beliau adalah Naib Presiden UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Padang Terap.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Mahdzir Khalid daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 16,384 undian ketika menentang Mohd Azam Majid@Abd Aziz daripada parti Gagasan Sejahtera yang mendapat 15,258 undi dengan majoriti undi sebanyak 1,126.

Madzir Khalid merupakan calon Barisan Nasional (BNI bertanding bagi kerusi Parlimen P7-PADANG TERAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Pada Ogos 2023, Datuk Seri Mahdzir Khalid bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi N8 Pedu dalam PRN Kedah.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Palimen Padang Terap (2013-kini)
  • Ketua WHIP Ahli Parlimen Barisan Nasional (2018-2020)
  • Menteri Pendidikan (2015-2018)
  • Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air (2013 - 2015) 
  • Menteri Besar Kedah (2005 - 2008)
  • Pemangku Menteri Besar Kedah (2005 -  2006 )
  • ADUN Pedu (2004-2013)
  • Setiausaha Politik Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003 - 2004)
  • Setiausaha Politik  Timbalan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (1999-2003)
  • Pengarah Seranta, Kementerian Tanah & Pembangunan Koperasi (1998 - 2000) 
  • Pegawai Khas Menteri Besar Kedah (1993 - 1996)
  • EXCO Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Pembangunan Koperasi Negeri(2004-2005)
  • EXCO Hal Ehwal Tanah Kewangan dan Hasil Bumi
  • Pegawai Pendidikan (1984 - 1990)

Lantikan Pengerusi:

  • Timbalan Pengerusi Penggalakan Pelancongan Malaysia Kementerian Pelancongan Malaysia (2008 - 2013) 
  • Pengerusi MADA, Kedah Darul Aman (2006 - 2013)
  • Pengerusi KEDA, Kedah Darul Aman (2006 - 2009)

Jawatan yang pernah disandang dalam parti:

  • Naib Presiden UMNO (2018-kini)
  • Ketua UMNO Bahagian Padang Terap (2008-kini)
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO (2005-2018)
  • Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah (2005-2009)
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap 2004 - 2008
Pendidikan:

Pencapaian akademik:

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan USM (1984)
  • SMK Syed Omar Alor Setar
  • SMK Pokok Sena
  • SK Jabi Pokok Sena
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU PRN15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P7 Padang Terap
  • PRU14- P7 Padang Terap
  • PRU15- P7 Padang Terap

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P7 Padang Terap N8 Pedu
  • PRU PRN15- P7 Padang Terap N8 Pedu