OTHMAN AZIZ

Maklumat Diri
Asal
Alor Setar, Kedah
Tarikh lahir
15/5/1959

Datuk Othman Aziz (lahir 15 Mei 1959) merupakan ahli politik Malaysia. Beliau ialah ahli Parlimen Malaysia untuk kerusi Jerlun, Kedah, yang telah dipilih pada tahun 2013.

Beliau pernah berkhidmat dalam satu penggal di Dewan Undangan (DUN) Negeri Kedah (2004-2008) dan merupakan pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Kedah.

Beliau adalah ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dalam gabungan Barisan Nasional (BN).

Othman Aziz merupakan calon BN bertanding bagi kerusi Parlimen P5-JERLUN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli politik

Jawatan dalam agensi kerajaan:

  • Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Ayer Hitam (2004-2008)
  • Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Kedah (2005–2008)
  • Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah ( 2005–2008)
  • Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Kedah ( 2005–2008 )
  • Bekas Timbalan Menteri Kewangan I (2016 – 2018)
  • Ahli Dewan Negara Lantikan Dewan Undangan Negeri Kedah (2020-kini)
Pendidikan:
  • Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam, Kedah
  • Kolej Sultan Abdul Hamid
  • Diploma Pentadbiran Perniagaan di Universiti Teknologi MARA  (UiTM)
  •  Ijazah Kajian Pemasaran di  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P5 Jerlun
  • PRU14- P5 Jerlun
  • PRU15- P5 Jerlun

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P5 Jerlun N4 Ayer Hitam
  • PRU12- P5 Jerlun N4 Ayer Hitam