MOHD HATTA MD RAMLI

Maklumat Diri
Asal
Sitiawan, Perak
Tarikh lahir
11/9/1956
Pasangan
Dr Kalsom Maskon

Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Wira Dr Mohd Hatta Md Ramli merupakan Ahli Parlimen Lumut.

Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Kuala Krai, Kelantan (2008-2018) dilantik sebagai Ketua Pengarah pilihan raya AMANAH Nasional.

Anak jati Sitiawan, beliau sertai Parti Amanah Negara (AMANAH) pada 16 Mei 2015 membentuk komposisi baharu di dalam Parlimen melalui Pakatan Harapan selepas Parti Islam Se-Malaysia (PAS) keluar dari Pakatan Rakyat dan membentuk kumpulan pembangkang yang ketiga, Gagasan Sejahtera.

Dilahirkan pada 11 September 1956, kelulusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Nasional Singapura menerima pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar. 

Kemudian belajar jurusan perubatan di UKM di Bangi, Selangor Seterusnya menyambung pengajian Sarjana Kesihatan di Universiti Nasional Singapura dan bergelar seorang doktor.

Beliau adalah anak ketujuh dari lapan orang adik-beradik telah mendirikan rumah tangga bersama Dr Kalsom Maskon dan dikurniakan dengan tujuh orang anak.

Pada peringkat awal beliau menjadi pegawai perubatan Hospital Besar Kuala Lumpur. Kemudian bertugas sebagai pegawai kesihatan di Hospital Muar, Johor dan sebagai pegawai kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Mohd Hatta daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 21,955 undian ketika menentang Zambry Abd Kadir daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 21,555 undi dengan majoriti undi sebanyak 400.
 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Kuala Krai (2018-kini)
  • Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan
  • Doktor peribadi mantan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor
  • Pensyarah perubatan di Fakulti Perubatan UKM
  • Setiausaha Politik mantan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor

Jawatan dalam politik:

  • Setiausaha Agung AMANAH
  • EXCO Pemuda PAS Pusat
  • Ketua Pemuda PAS Selangor
  • Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor
  • YDP PAS Gombak
  • AJK PAS Pusat
  • Bendahari PAS Pusat, YDP PAS Gombak

Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:

  • Bantuan kemanusiaan ke Pakistan 2005
  • Bantuan kemanusiaan ke Aceh 2005
  • Bantuan kemanusiaan ke Iraq 2003
  • Pemantau Pilihan Raya Timor Timur
  • Pengerusi PIBG Sek Tun Fatimah 2000-2002
  • Bantuan kemanusiaan ke Afghanistan 2001
  • Pemantau Pilihan Raya Indonesia 1998, 2004
  • Misi pemantau ke Selatan Filipina
  • Presiden Persatuan Perubatan Islam 1996-1998
  • Setiausaha Persatuan Doktor Pakar Kesihatan Awam 1996-1998
  • Naib Pengerusi PIBG MCKK 1994-1996
  • Pakar Rujuk UNICEF ke Korea Utara, 1993
  • Pasukan Perubatan Haji 1989, 1990, 1992
  • Bantuan kemanusiaan ke Iraq 1991
  • Persidangan Hepatitis B, Cameroon, Afrika Barat, 1991
  • Persidangan Hepatitis B, Geneva Switzerland, 1989
Pendidikan:
  • Sarjana Kesihatan di Universiti Nasional Singapura
  • Jurusan perubatan di UKM di Bangi, Selangor
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P98 Gombak
  • PRU12- P31 Kuala Krai
  • PRU13- P31 Kuala Krai
  • PRU14- P74 Lumut
  • PRU15- P74 Lumut

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P97 Selayang N15 Taman Templar

Artikel Berkaitan MOHD HATTA MD RAMLI

Video Berkaitan MOHD HATTA MD RAMLI