MUHAMMAD HUSAIN

Tuan Haji Muhammad Husain merupakan calon Pakatan Harapan (PH) mewakili Parti Amanah Negara (Amanah) bertanding di kerusi Parlimen P28 (PASIR PUTEH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pada peringkat parti, beliau merupakan Pengerusi AMANAH negeri Kelantan (2019-2022) menggantikan Datuk Wan Rahim Wan Abdullah.

Beliau merupakan bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh, Kelantan bertanding di atas tiket Parti Angkatan Islam Se-Malaysia (PAS). 

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Amran Mat Nor dengan majoriti sebanyak 3,968 undi. Beliau memperolehi 28,365 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 24,397 undi sekaligus memenangi kerusi Parlimen P28 Pasir Puteh.

Pencapaian
Kerjaya:

Jawatan dalam Politk:

  • Pengerusi AMANAH negeri Kelantan (2019-2022)
  • Anggota Parlimen Pasir Puteh, Kelantan (2008-2013)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P28 Pasir Puteh
  • PRU15- P28 Pasir Puteh

Kerusi Bertanding DUN: Tiada