SITI ZAILAH MOHD YUSOFF

Maklumat Diri
Asal
Rantau Panjang
Tarikh lahir
12/10/1963
Pasangan
Mat Razali Muhamed
Anak
11 anak

Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat setelah dilantik pada tahun 2020.

Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Rantau Panjang dengan majoriti undi 20,636

Beliau menyandang Ahli Parlimen Rantau Panjang selama tiga penggal merupakan Ketua Muslimat Pas Kelantan.

Siti Zailah Mohd Yusoff merupakan calon PAS bertanding bagi kerusi Parlimen P23 Rantau Panjang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Dilahirkan pada 12 Oktober 1963, beliau seorang wanita yang menitikberatkan syariah dan mengambil berat mengenai isu menutup aurat.

Beliau dilihat lantang bersuara dalam menentang amalan LGBT dan pernah menerangkan bahawa tiada istilah NGO Sisters in Islam.

Siti Zailah telah berkahwin dengan Mat Razali Muhamed dan dikurniakan 11 anak.

Anak watan Rantau Panjang ini pernah menjadi Pegawai Dakwah Halaqat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) selama lima tahun dan Ahli Lembaga Pengarah Kelkon Sdn.Bhd.

Selain itu, beliau merupakan penceramah, panel forum dan pendakwah di Radio Manis FM.

Pada peringkat politik, beliau merupakan Ahli Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan, Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Tanah Merah dan Timbalan Pengarah IV Jabatan pilihan raya Negeri Kelantan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Siti Zailah daripada Pas menang dengan mendapat 24,581 undian ketika menentang Abdullah Mat Yasim daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 18,431 undi dengan majoriti undi sebanyak 6,150.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2020-2022)
  • Ahli Parlimen Rantau Panjang (2008-kini)
  • Pegawai Dakwah Halaqat JAHEAIK 
  • Penceramah, panel forum dan pendakwah di Radio Manis FM

Lantikan Ahli Lembaga Pengarah:

  • Ahli Lembaga Hakim Pelawat Depot Tahanan Pati, Jabatan Penjara Malaysia
  • Ahli Lembaga Pengarah Kelkon Sdn Bhd

Jawatan disandang dalam parti:

  • Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat
  • Ketua Muslimat Negeri Kelantan
  • Ahli Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan
  • Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Tanah Merah
  • Timbalan Pengarah IV Jabatan Pilihan Raya Negeri Kelantan
  • Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dewan Muslimat Negeri Kelantan
  • Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik dan Pilihanraya Negeri Kelantan
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P23 Rantau Panjang
  • PRU13- P23 Rantau Panjang
  • PRU14- P23 Rantau Panjang
  • PRU15- P23 Rantau Panjang

Kerusi Bertanding DUN: Tiada