IBRAHIM ALI

Maklumat Diri
Asal
Kampung Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan
Tarikh lahir
25/1/1951

Datuk Ibrahim Ali menceburi bidang politik pada tahun 1987.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, beliau cuba mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas dan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N011 Tendong, Kelantan. Bagaimanapun beliau yang juga aktivis pelajar sejak dulu lagi tewas dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas yang disandangnya.

Datuk Ibrahim Ali kembali bertanding bagi kerusi Parlimen P23 Rantau Panjang atas tiket PUTRA pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau juga terkenal sebagai pengasas dan presiden pertubuhan bukan kerajaan yang mempertahankan hak Melayu dikenali Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).
 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli politik

Jawatan dalam parti:

  • Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia

Jawatan dalam agensi kerajaan:

  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sewaktu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
  • Ahli Parlimen Pasir Mas (2008–2013)
Pendidikan:
  • Sekolah Kebangsaan Padang Mandul
  • Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan
  • Sekolah Dasar Bahasa Inggeris, Tanah Merah, Kelantan
  • Sekolah Kebangsaan Islah
  • Maktab Adabi
  • Undang-undang kepada komunikasi massa, UiTM

 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gerakan Tanah Air
Parti: PUTRA
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P22 Pasir Mas
  • PRU12- P22 Pasir Mas
  • PRU13- P22 Pasir Mas
  • PRU14- P22 Pasir Mas
  • PRU15- P23 Rantau Panjang

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P22 Pasir Mas N11 Tendong