ABD HALIM JUSOH

Maklumat Diri
Tarikh lahir
23/2/1965
Pasangan
Datin Rosidah Mokhtar
Anak
4

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Datuk Abd Halim Jusoh merupakan ADUN Permaisuri sejak 2018.

Dilahirkan pada 23 Februari 1965 pernah menjadi ADUN Permaisuri pada 2008 hingga 2013 dan dilantik Timbalan EXCO Perindustrian, Perdagangan dan Alam.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tengku Mahmud Besut, kemudian Sekolah Menengah Alam Shah Kuala Lumpur sebelum menyambung pengajian di University of Nebraska di Omaha dan University of Alabama Tuscaloosa berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Cum Laude).

Sebelum menceburi bidang politik, beliau mengikuti pelbagai kursus, persidangan antaranya, kejuruteraan struktur Asia Pasifik dan persidangan pembinaan UTM (1992) dan kursus keselamatan Petroleum pada 1997.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Abd Halim daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 10,385 undian ketika menentang Zul Bhari A Rahman daripada Pas yang mendapat 8,415 undi dengan majoriti undi sebanyak 1,970.



 

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Permaisuri (2018-kini)
  • ADUN Permaisuri (2008-2013)
  • Timbalan EXCO Perindustrian, Perdagangan dan Alam (2008-2013)
  • Pengerusi Epic Mushtari Engineering Sdn Bhd (Anak Syarikat EPIC Bhd) (2008-2013)
  • Pengarah Delcos System Sdn Bhd (2008-2013)
  • Pegawai pemasaran dengan perdagangan LPG bahagian Esso Malaysia Berhad (Ogos 1996-2002)
  • Jurutera perunding SMHB Sdn. Bhd.(Mei 1996-Julai 1996)
  • Pengurus projek bersama Jusoh Enterprise Sdn.Bhd.Terengganu (1995-1995)
  • Jurutera projek dengan Jusoh Enterprise Sdn Bhd. (1994-1995)
  • Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM Skudai, Johor (1989-1993)
  • Pereka dan jurutera projek bersama penyelidikan dan unit perundingan UTM Skudai Johor (1991-1993)
  • Jurutera projek TSP Cahaya Pembinaan, Terengganu (1988-1989)

Jawatan dalam parti:

  • Naib Ketua UMNO Bahagian Setiu (2018-kini)
  • Setiausaha Politik YB Menteri Pendidikan II (2013-2018)
  • Setiausaha Politik YB Menteri Pendidikan Tinggi (2013-2018)
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Setiu (2008-2013)
  • Timbalan Pengerusi Biro Ekonomi Badan Perhubungan UMNO Terengganu (2008-2013)
  • Exco Pemuda UMNO Terengganu (2004-2008)
  • Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda UMNO Terengganu (2004-2008)
  • AJK Biro Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia (2004-2008)
  • AJK Biro Pendidikan Badan Perhubungan UMNO Terengganu (2004-2008)
  • Ketua Pemuda Cawangan Kampong Penarik (2004-2008)

Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:

  • Pengerusi Majlis Tindakan Membenteras Dadah Daerah Setiu (2008-2013)
  • Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim Setiu (2008-2013)
  • Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Guntong Setiu (2008-2013)
  • Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Penarik Setiu (2008-2013)
  • Pengerusi PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Saujana Setiu (2008-2013)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Universiti Alabama, Tuscaloosa Amerika Syarikat (1983)
  • Kejuruteraan Awam Anugerah Kanan Cemerlang Jabatan Universiti Alabama (1988)
  • Sekolah Menengah Alam Shah Kuala Lumpur
  • Sekolah Rendah Tengku Mahmud Besut
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P20 Pengkalan Chepa
  • PRU12- P20 Pengkalan Chepa

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P34 Setiu N6 Permaisuri