SHAHIDAN KASSIM

Maklumat Diri
Asal
Tambun Tulang, Perlis,
Tarikh lahir
17/6/1951
Pasangan
Datin Seri Shamsiah Mohd Yassin
Anak
Mempunyai 6 orang anak

Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim merupakan calon Perikatan Nasional (PN) mewakili PAS bertanding bagi kerusi Parlimen P3-ARAU pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 23216 undi.

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim merupakan Ahli Parlimen Arau kini memegang jawatan Pengerusi Majlis Backbenchers Perikatan Nasional (PNBBC) sejak Mei 2020.

Beliau juga adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, selain itu pernah dilantik Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Pengerusi Yayasan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Dalam bidang sukan, beliau pernah memegang banyak jawatan, antaranya, Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (Perlis FA) dan juga Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dan Persatuan Kabbadi Malaysia (KAM).

Ketika waktu terluang, Shahidan yang dilahirkan pada 17 Jun 1951 gemar aktiviti lasak seperti mendaki bukit, bermain jet ski dan bermain badminton. Beliau juga menyukai bidang ternakan. 

Shahidan memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tambun Tulang, kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Sheikh Ahmad dan SM Sultan Abdul Halim Jitra sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Malaya (UM) berkelulusan, Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Sejarah.

Tamat pengajian dalam sarjana muda, beliau meneruskan pengajian dalam Ijazah Sarjana Pengajian Pembangunan Institue Of  Social Studies Holland dan tahun 2006, memegang Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Utara Malaysia.

Anak kelahiran Tambun Tulang ini menceburi bidang politik bermula 1995 dan dilantik Ketua UMNO Bahagian Arau. Beliau juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Bekas ADUN Tambun Tulang ini pernah dilantik Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu pada 1988 dan Ahli Majlis Agama Islam Perlis 12 tahun.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Shahidan Kassim daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 16,547 undian ketika menentang Abd Rahman Daud daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 11,691 undi dengan majoriti undi sebanyak 4,856.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Arau (2013-kini)
  • Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (2013-2018)
  • ADUN Tambun Tulang (2008-2013)
  • Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai NCER (2008-2013)
  • Menteri Besar Negeri Perlis (1995-2008)
  • Pengerusi Marines Engineering Sdn Bhd (1995-2008)    

Lantikan Pengerusi:

  • Pengerusi Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (1995-2008)
  • Pengerusi Yayasan Islam Perlis (1995-2008)
  • Pengerusi Amanah Biasiswa Negeri Perlis (1995-2008)
  • Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu (1988)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Pengerusi Majlis Backbenchers Perikatan Nasional (PNBBC) (2020-kini)
  • Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis (1995-2021)

Penglibatan dalam pertubuhan sukarela tahun 1995 hingga kini:

  • Presiden Persatuan Basikal Perlis 
  • Presiden Persatuan Kabbadi Malaysia 
  • Presiden Persatuan Renang Malaysia
  • Presiden Alumni Universiti Utara Malaysia
  • Presiden Persatuan Petanque Perlis
  • Presiden Persatuan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia
  • Naib Yang Dipertua PERKIM Malaysia 
  • Penasihat Komuniti Mahasiswa Perlis 

Anugerah Darjah Kebesaran:

  • Setia Mahkota Perlis (SPMP) Negeri Perlis (1995)
  • Seri Sultan Ahmad Shah (SSAP) Negeri Pahang (1995)
  • Ahli Mahkota Perlis (AM) Negeri Perlis (1980)
Pendidikan:
  • Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Utara Malaysia (2006)
  • Ijazah Sarjana Pengajian Pembangunan Institue Of  Social Studies Holland (1985)
  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Dan Sejarah UM (1973)
  • Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra
  • Sekolah Menengah Dato’ Sheikh Ahmad
  • Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P3 Arau
  • PRU14- P3 Arau
  • PRU15- P3 Arau

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P3 Arau N12 Tambun Tulang
  • PRU12- P3 Arau N12 Tambun Tulang

Video Berkaitan SHAHIDAN KASSIM