ZAHIDI ZAINUL ABIDIN

Maklumat Diri
Tarikh lahir
9/1/1961
Pasangan
Datin Nooraine Ahmad

Datuk Zahidi Zainul Abidin merupakan calon BEBAS  bertanding bagi kerusi Parlimen P1-Padang Besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. 

Merupakan penyandang jawatan Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin sebelum ini memegang jawatan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia sejak 10 Mac 2020.

Beliau dilahirkan pada 9 Januari 1961 memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Perlis sejak 2004.

Bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Beseri kemudian telah dicalonkan buat pertama kalinya ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pada pilihan raya itu, beliau mewakili Barisan Nasional (BN) berjaya mendapat undian 21,473 ketika menentang Azamhari Mohamood daripada parti Pakatan Rakyat yang beroleh 14,047 undi dengan majoriti 7,426.

Seterusnya pada PRU14, beliau terus mengekalkan momentumnya dan berjaya memenangi Parlimen Padang Besar sekali lagi selepas menang dengan mendapat 15,032 undian ketika menentang Izizam Ibrahim daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 13,594 undi dengan majoriti undi sebanyak 1,438.

Berkelulusan Diploma Pentabdiran Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Zahidi Zainul telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Nooraine Ahmad.

Pada peringkat parti, bekas Pengerusi Risda ini juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dipilih) dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis sejak tahun 2018.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (10 Mac 2020 - Oktober 2022)
  • Ahli Parlimen Padang Besar (2013 - Oktober 2022)
  • Ahli Majlis Mesyuarat Perlis (2003 - 2006)
  • ADUN Beseri (1999-2008)
  • Setiausaha Politik Menteri Kewangan II (2003)
  • Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis (1994)

Lantikan dalam GLC dan agensi:

  • Bekas Pengerusi Risda (2015 –2018)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis (2018 hingga kini)
  • Ketua UMNO Padang Besar (2004 hingga kini)
  • Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
  • EXCO Pemuda UMNO Malaysia (2001-2004)
  • Ketua Pemuda UMNO Perlis (1998-2001)
  • Ketua Pemuda UMNO Padang Besar (1994-2001)
  • Naib Ketua Pemuda UMNO Perlis (1994-1998)
  • Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (1991-1998)
  • Biro Antarabangsa UMNO (1998)
  • Ahli Majlis Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia  (1998)
  • Ahli Majlis Latihan dan Mahasiswa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (1998)
  • Jawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian Kangar (1993)
  • Biro Dakwah Pemuda UMNO Malaysia (1991-1993)
Pendidikan:
  • Diploma Pentabdiran Awam UiTM
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: BEBAS
Parti: BEBAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P1 Padang Besar
  • PRU14- P1 Padang Besar
  • PRU15- P1 Padang Besar

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P1 Padang Besar N2 Beseri
  • PRU15- P1 Padang Besar N1 Titi Tinggi