EWON EBIN

Maklumat Diri
Tarikh lahir
26/6/1954
Pasangan
Datin Dana Untol

Datuk Dr Ewon Ebin adalah Ahli Dewan undangan Negeri  (ADUN) Sabah, kawasan N31 Paginatan,Sabah setelah menang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia 2008.

Beliau salah seorang dari 10 wakil Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) yang bertanding pada tahun 2008.

Dr Ewon kini merupakan Menteri di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia pada Mei 2013 dalam Kabinet Malaysia 2013.

Tesis beliau di Universiti Malaya 1978 ialah 'Suatu Kajian Undang-Undang Adat Dusun Ranau di Sabah mengenai Perkahwinan, Perceraian dan Warisan'.

Beliau begitu berminat tentang permasalahan masyarakat pribumi di Sabah.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Peguam
  • Majistret
  • Ahli politik
  • Menteri di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (2013)
  • Pengarah Bank Sabah
  • Pengerusi Lembaga Tabung Getah Sabah
  • Ahli Parlimen Ranau (2013-2018)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang
  • ADUN Paginatan

Jawatan dalam politik:

  • Pengerusi Barisan Nasional (BN)
  • Naib Presiden PBS (1985-1994)
  • Naib Presiden UPKO
Pendidikan:
  • Sarjana Muda (Kepujian) Undang-Undang Universiti Malaya
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan
  • Doktor Falsafah Pertadbiran Perniagaan, Universiti Malaya

 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Bersatu Rakyat Sabah
Parti: PBRS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P179 Ranau
  • PRU14- P179 Ranau
  • PRU15- P179 Ranau

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P179 Ranau N31 Paginatan
  • PRU12- P179 Ranau N31 Paginatan
  • PRN DUN Sabah 16- P179 Ranau N36 Kundasang