WILFRED MADIUS TANGAU

Maklumat Diri
Asal
Kampung Lokos, Kiulu, Tuaran, Sabah
Tarikh lahir
13/3/1958
Pasangan
Datin Seri Panglima Dr. Jaina Sintian
Anak
5

Wilfred Madius Tangau sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Tuaran meraih 24,943 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 233.

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau adalah Ahli Parlimen Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Ahli Parlimen Tuaran, Sabah, (1999 - 2008; 2013-kini).

Beliau juga adalah Pemangku Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO), sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

Pada  Pilihan Raya Negeri (PRN)  Sabah kali ke-16, beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kialu yang buat pertama kalinya kawasan itu menyaksikan pertandingan enam penjuru.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tuaran turut bertemu penyandang kerusi berkenaan, Joniston Bangkuai dari Parti Bersatu Sabah (PBS).

Calon lain yang bertanding mgerebut kerusi DUN Kialu ialah Andau Yasun @ Bruno daripada Parti Cinta Sabah (PCS); Rozylyn @ Rosalyn Gelunu (LDP), Dominic Yasun (Bebas) dan Jolianis Lampog (Bebas). 

Pencapaian
Kerjaya:
  • 1983-198 - Silviculturist (Pegawai Penyelidik), Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah (SAFODA).
  • 1985-1994 - Penyelidik Bersekutu, Institut Pengajian Pembangunan (IDS) Sabah.
  • 1994 -1999, (1999 to 2004) & (2004 to 2008) - Pengarah Eksekutif, Institut Kemajuan Ekonomi Penduduk (INDEP) Sabah
  • August 2009 -July 2013 - May 2003 -August 2009 - Ahli Parlimen untuk Tuaran, Sabah, selama dua penggal berturut-turut, Parlimen Kesepuluh dan Parlimen Kesebelas
  • June 2010 - (Sekarang) - Pengerusi, Lembaga Kebudayaan Sabah
  • June 2010 - (sekarang) - Pengerusi, Forest Plantation Development Sdn Bhd
  • October 2012 - (Sekarang) - Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
  • 2013 to 2018 - Ahli Lembaga Pengarah, Suria Capital Berhad (Syarikat Tersenarai)
  • October 2014 - (Sekarang) - Ahli Parlimen untuk Tuaran, Sabah, untuk Parlimen Ketiga Belas
  • July 2015 - (Sekarang) - Ahli Lembaga Pengarah, Asian Supply Base Sdn. Bhd.
  • 2015 - (Sekarang) - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
  • Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization (UPKO), Mac 2014
  • Dipilih sebagai Timbalan Presiden pada bulan Oktober 2013
  • Ketua Penerangan
  • Setiausaha Agung pada tahun 2002.
  • Ahli Parlimen Tuaran
  • Ketua Pegawai Eksekutif di Institut Kemajuan Ekonomi Orang Asal (INDEP) Sabah
Pendidikan:

1990 - Sarjana Pengurusan Pembangunan (MDM), Institut Pengurusan Asia (AIM), Makati, Metro Manila, Republik Filipina
1983 - Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) Serdang, Selangor
1985 - Sijil Pengurusan Hutan dan Penyelidikan Perhutanan di pelbagai institusi di Jepun di bawah, Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA)
1988 - Latihan dalam Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) oleh CETDAM.
1985 - Program Pengurusan Kanan (SMP) satu bulan Latihan Profesional dalam Pengurusan yang dikendalikan oleh Institut Pengurusan Asia (AIM)

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: UPKO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P170 Tuaran
  • PRU13- P170 Tuaran
  • PRU14- P170 Tuaran
  • PRU15- P170 Tuaran

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P170 Tuaran N15 Kiulu

Artikel Berkaitan WILFRED MADIUS TANGAU

Video Berkaitan WILFRED MADIUS TANGAU