ELLRON ALFRED ANGIN

Maklumat Diri
Asal
Sook, Pensiangan
Tarikh lahir
15/7/1958
Pasangan
Maria Concepcion Omamalin

Biarpun muka baharu ini terpaksa berhadapan pertembungan lima penjuru namun beliau menang dengan mendapat 3,554 undian ketika menentang calon Parti Pakatan Rakyat (PKR), Raymond Ahuar yang terpaksa berpuas hati dengan jumlah undi 2,322. 

Turut bertanding, calon BN Bonepees Been (1,535); calon Parti Liberal Demokratik (LDP), Aning Ansawang (110) dan calon Parti Cinta Sabah (PCS), Rebecca Taimin (88).

Anak jati Sook ini memulakan kerjaya politiknya dalam dalam Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sebelum beralih ke Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sebagai timbalan presiden pada 2018. 

Beliau kemudiannya mencuba nasib bertanding di kerusi DUN Sook pada 2020.
 
Ellron kini Menteri Belia dan Sukan Sabah.

Dilahirkan pada 15 Julai 1958, beliau berkahwin dengan Maria Concepcion Omamalin.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook
  • Bekas atlit pecut Malaysia
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: STAR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P182 Pensiangan N37 Sook
  • PRU13- P182 Pensiangan N37 Sook
  • PRU14- P182 Pensiangan N37 Sook
  • PRN DUN Sabah 16- P182 Pensiangan N45 Sook

Artikel Berkaitan ELLRON ALFRED ANGIN

Video Berkaitan ELLRON ALFRED ANGIN