Tan Sri Chong Kah Kiat merupakan Ketua Menteri Sabah ke 13 pada tahun 2001 dan bekas Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP).
Tokoh politik Sabah berusia 72 tahun memegang jawatan dalam Kabinet negeri Sabah selama lapan tahun termasuk dua tahun sebagai Ketua Menteri Sabah.
Sejarah politiknya, beliau bertanding dan memenangi kawasan Kudat atas tiket parti BERJAYA/Barisan Nasional dalam Pilihan raya negeri Sabah pada Mac 1981.
Kemudian dilantik menjadi pembantu menteri kepada ketua menteri pada tahun berikutnya. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga April 1985 apabila beliau hilang kerusi kepada Datuk Wong Phin Chung Parti Bersatu Sabah (PBS).
Pada bulan Mac 1987, beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi BERJAYA tetapi kemudian meninggalkan parti apabila kehilangan penyokong akar umbi.
Ekoran itu, Chong dan beberapa pemimpin Cina mengasaskan LDP pada tahun 1989 dengan memilih warna oren pada bendera LDP.
Kemudian pada 1991, beliau dilantik presiden parti itu dan pada 1994 beliau dilantik sebagai Senator di Dewan Negara dan kemudiannya dimasukkan ke dalam kabinet persekutuan sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Selepas itu, beliau berhenti jawatan menteri persekutuan Mac 1999 untuk bertanding dalam pemilihan negeri.
Beliau memenangi kembali kubu tradisional Kudat dan telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Pelancongan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi negeri Sabah.
Apabila Datuk Seri Musa Aman dari (UMNO) mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan negeri pada tahun 2003, Chong dilantik Timbalan Ketua Menteri serta orang yang menjaga portfolio pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar.
Chong meletak jawatan secara mengejut dari jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah pada 13 April 2007 yang kemudiannya meninggalkan Sabah.
Jawatan Presiden LDP diserahkan Setiausaha Agung parti, Datuk Liew Vui Keong setelah menyandangnya selama 17 tahun.
Bagaimana pada Pilihan Raya Negeri Sabah kali ke 16, Presiden Kehormat Seumur Hidup Parti Liberal Demokratik (LDP) ini kembali aktif dalam arena politik.