LIEW VUI KEONG

Maklumat Diri
Asal
Kota Belud, Sabah
Tarikh lahir
18/1/1960
Pasangan
Datin Dr Lindai Lee
Anak
5

Datuk Liew Vui Keong dilahirkan pada 18 Januari 1960 telah meninggal dunia jam 11.30 pagi pada 2 Oktober 2020. 

Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 60 tahun ketika menerima rawatan di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu.

Perkara itu disahkan oleh sumber Parti Warisan Sabah (Warisan).

Berita mengenai kesihatan mendiang mula diperkatakan selepas terdapat beberapa pesanan di laman sosial yang meminta orang awam mendoakan Vui Keong yang didakwa berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan paru-paru.

Mendiang yang berasal dari Kota Belud, dipilih sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi pada Pilihan Raya Umum (PRU)  Ke-14 lalu meninggalkan isteri, Datin Dr Lindai Lee dan empat anak.

Sejarah politik, beliau dari parti Parti Liberal Demokratik (LDP), sebuah parti komponen Barisan Nasional dan merupakan bekas Presiden LDP. 

Setelah lompat parti kepada Parti Warisan, Vui Keong dilantik Pengerusi Tetap Warisan.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Peguam
  • Ahli politik
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam hal ehwal undang-undang (2018-2020)
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2009-2018)
  • Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I (Perdagangan Antarabangsa) (2008-2009)

Jawatan disandang dalam politik;

  • Pengerusi Tetap Warisan
  • Ahli Parlimen Batu Sapi (2018-2020)
  • Ahli Parlimen Batu Sapi (2008-2018)
  • Bekas Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP)
Pendidikan:
  • Pengajian undang-undang University of North London
  • Diploma Perniagaan dan Kewangan, Tresham College di Kettering England
  • SM All Saints Kota Kinabalu
  • SM Arshad Kota Belud
  • SJK Chung Hwa Kota Belud
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Warisan Sabah
Parti: WARISAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P186 Sandakan
  • PRU13- P186 Sandakan
  • PRU14- P185 Batu Sapi

Kerusi Bertanding DUN: Tiada