LINDA TSEN THAU LIN

Maklumat Diri
Asal
Sandakan, Sabah
Tarikh lahir
29/7/1956
Pasangan
Datuk Ir Edmund Chong Ket Wah
Anak
4

Datuk Linda Tsen Thau Lin (PBS) merupakan bekas Ahli Parlimen Batu Sapi untuk dua penggal setelah mengantikan tempat mending suaminya, Datuk Ir Edmund Chong Ket Wah @ Chong Ket Fah meninggal dunia pada 9 Oktober 2010 akibat kemalangan jalan raya. 

Barisan Nasional (BN) telah memberi kepercayaan kepadanya yang mewakili PBS mengekalkan kerusi pada Parti Keadilan Rakyat (PKR)  2010 yang berlangsung pada 4 November. 

Linda Tsen berusia 64 tahun dilahirkan di Sandakan merupakan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dari gabungan BN menang bergaya dengan memperolehi 9,773 undi, majoriti 6,359 undi ke atas calon PKR, Ansari Abdullah, mendapat 3,414 undi, manakala calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee, memperolehi 2,031 undi.

Dalam pada itu, Pilihan Raya Umum (PRU) Ke -13, Linda Tsen terus mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi milik BN apabila mendapat jumlah undian sebanyak 13,085 undi, dengan majoriti 3,798 undi ke atas calon Pas, Hamza A. Abdullah @ Hamzah, yang memperolehi 9,287 undi manakala calon STAR, Saiful Bahari Rashada Ahmad, memperolehi 410 undi.

Namun PRUAKe 14, Linda Tsen tewas ditangan calon Warisan mendiang Lim Vui Keong.

Melanjutkan pelajaran di St Brandon School, United Kingdom, dan Trinity College of Music, London serta Fellowship London College of Music, beliau juga adalah ahli muzik dan guru piano.

Malah dilantik presiden Persatuan Muzik Kota Kinabalu (Kota Kinabalu Music Society).

Semasa PRK Sandakan, beliau turut dicalonkan bagi mewakili PBS untuk bertanding di kerusi Parlimen Sandakan pada 2010.

Meskipun mempunyai prestasi bagus, beliau kecundang di tangan Vivian Wong Shir Yee dari DAP sebagai calonnya selepas kematian Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Stephen Wong Tien Fatt yang juga bapa Shir Yee pada 28 Mac lepas.

Calon DAP, Vivian Wong Shir Yee, memperolehi majoriti 11, 521 selepas mendapat 16,012 undi bagi menewaskan Linda Tsen dengan jumlah undian sebanyak 4,491 undi.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Guru muzik
  • Presiden Persatuan Muzik Kota Kinabalu (Kota Kinabalu Music Society)
  • Ahli Parlimen (2010 -2013)

Jawatan disandang dalam politik;

  • Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS)
  • Timbalan Ketua Wanita PBS Bahagian Elopura
Pendidikan:
  • Fellowship London College of Music
  • Trinity College of Music, London
  • St Brandon School, United Kingdom
  • Sekolah Menengah Tiong Hwa
  • Sekolah Rendah Chi Hwa
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P185 Batu Sapi
  • PRU14- P185 Batu Sapi
  • PRU14- P186 Sandakan

Kerusi Bertanding DUN: Tiada