JOHNITY MAXIMUS ONGKILI

Maklumat Diri
Asal
Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh lahir
26/10/1953
Pasangan
Datin Seri Joan Maluda
Anak
Rachel Jane Ongkili, Andreas Jordan Ongkili

Johnity Maximus Ongkili merupakan calon GRS bertanding bagi kerusi parlimen P.168 Kota Marudu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) sejak Mac 2020.

Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Kota Murudu merangkap Presiden Parti Bersatu Sabah juga sebagai komponen gabungan Parti Perikatan Nasional (PN).

Dilahirkan pada 26 Oktober 1953, beliau merupakan bekas Menteri di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk kabinet 2008.

Sebelum ini juga, beliau merupakan bekas ahli Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam Perpaduan dan Integrasi Nasional.

Dr. Maximus juga merupakan salah seorang ahli yang dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun, Sabah (KDCA).

Sebagai Timbalan Presiden KDCA, beliau juga diamanahkan untuk mengetuai penganjuran Tadau Kaamatan peringkat negeri Sabah yang diadakan pada 30 dan 31 Mei setiap tahun di KDCA Hongkod Koisaan (Pusat Budaya), Penampang dan telah menganjurkan banyak aktiviti berkaitan kemasyarakatan.

Dr Maximus ialah anak watan negeri Sabah yang dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah dan berasal dari Kampung Karanaan, Tambunan, Sabah. 

Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai pengajar dan penyelidik sambilan d iLa Trobe University, Australia, dan berjaya mendapat Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang pembangunan ekonomi pada tahun 1985.

Sekembalinya dari luar negara, beliau mula bertugas sebagai Pensyarah di Universiti Putra Malaysia dan kemudiannya beralih ke Institute of Strategic & International Studies dan berkhidmat sebagai Penyelidik Kanan (1985-1986). 

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Eksekutif di Institute For Development Studies (Sabah) (1987-1993).

Beliau meminati sukan badminton, golf dan memancing serta cenderung dalam bidang penulisan dan penyelidikan.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU)  Ke 14, Johnity @ Maximus Ongkili daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 13,033 undian ketika menentang Maijol Mahap daripada parti HR yang mendapat 11,259 undi hingga mendapat majoriti undi sebanyak 1,774.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) (2020-kini)
  • Ahli Parlimen Kota Murudu (2004-kini)
  • Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air (2013-2018)
  • Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mac 2008 - Mei 2013)
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Mac 2004 - Mac 2008)
  • Penasihat Sains Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah (2003 - 2004)
  • Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Kajian Pembangunan Sabah (1991 - 1994)
  • Pensyarah UPM (1985)

Lantikan Ahli Lembaga:

  • Anggota Lembaga Penasihat Perkhidmatan Negara (2002 - 2004)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Presiden Parti Bersatu Sabah (2018-kini)
Pendidikan:
  • Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang pembangunan ekonomi La Trobe University, Australia (1985)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian, La Trobe University, Australia (1980)
  • SMK Keningau (1972)
  • ST. Martin Secondary School, Tambunan (1967-1971)
  • SK Pekan Tambunan (1962-1966)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gabungan Rakyat Sabah
Parti: GRS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P168 Kota Marudu
  • PRU12- P168 Kota Marudu
  • PRU13- P168 Kota Marudu
  • PRU14- P168 Kota Marudu
  • PRU15- P168 Kota Marudu

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P168 Kota Marudu N5 Tandek

Artikel Berkaitan JOHNITY MAXIMUS ONGKILI

Video Berkaitan JOHNITY MAXIMUS ONGKILI