LIWAN LAGANG

Datuk Liwan Lagang adalah Menteri Muda Elektrik Luar Bandar merangkap ADUN Belaga. 

Beliau telah diberi kepercayaan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN ke-12) akan datang untuk kekal bertanding.

Liwan merupakan penyandang DUN Belaga sejak 2006, juga disifatkan pemimpin yang berjiwa besar dan berkredibiliti.

Beliau juga adalah Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Muda Elektrik Luar Bandar (2019-kini)
  • Menteri Muda Bekalan Air (Sarawak) (2017-2019)
  • Menteri Muda Pengangkutan dan Keselamatan Sungai (Sarawak) (2016-2017)
  • Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan (Sarawak)(2011 – 2014)
  • ADUN Belaga (2006-kini)

Jawatan disandang dalam politik;

  • Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PRS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sarawak 12

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 10- P216 Hulu Rajang N57 Belaga
  • PRN DUN Sarawak 11- P216 Hulu Rajang N65 Belaga
  • PRN DUN Sarawak 12- P216 Hulu Rajang N65 Belaga