UGAK ANAK KUMBONG

Wilson Ugak Kumbong ialah ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Rakyat Hulu Rajang sejak 2013. Beliau juga penyandang Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Kumbong pertama kali bertanding untuk Hulu Rajang pada pilihan raya 2013 dan telah dipilih. Beliau dipilih semula pada 2018, menewaskan Abun Sui Anyit daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada 2020, beliau dilantik sebagai Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) oleh Perdana Menteri ketika itu Muhyiddin Yassin, menggantikan Lee Lam Thye daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP). Beliau adalah orang Iban pertama yang menjawat jawatan tersebut.

Datuk Wilson Ugak Kumbong antara penyandang yang berjaya mengekalkan kedudukan di kerusi Parlimen Hulu Ranjang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Lebih manis, majoriti undi diperoleh meningkat berbanding PRU Ke-13.

Pada PRU Ke-14 Wilson memperoleh jumlah majoriti 6,315 berbanding 5,834 pada PRU Ke-13 dengan peningkatan sebanyak 481 undi.

Wilson mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan mendapat 11,834 undian ketika menentang Abun Sui Anyit daripada Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 5,519 undi.

Wilson ingin mengekalkan kerusi beliau dan akan bertanding pada Pru15 di parlimen P216 Hulu Rajang mewakili GPS. 

Wilson sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Hulu Rajang meraih 15,456 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 7,505.

Beliau kini dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas)

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Hulu Ranjang
  • Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) Malaysia
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P216 Hulu Rajang
  • PRU14- P216 Hulu Rajang
  • PRU15- P216 Hulu Rajang

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan UGAK ANAK KUMBONG

Video Berkaitan UGAK ANAK KUMBONG