AARON AGO ANAK DAGANG

Maklumat Diri
Asal
Sarawak
Tarikh lahir
12/12/1958
Pasangan
Datin Ping Bungan

Datuk Aaron Ago Dagang menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kesihatan II bermula pada 10 Mac 2020. 

Beliau dilantik sebagai Menteri Perpaduan Negara.

Beliau yang juga seoarang Ahli Parlimen kawasan Kanowit, mewakili Parti Rakyat Sarawak (PRS) dari Gabungan Parti Sarawak dalam komponen Perikatan Nasional di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Sebelum dipilih ke Parlimen, Aaron adalah setiausaha politik kepada Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie.

Kemudiannya bertanding bagi kerusi Kanowit Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 menggantikan Moggie yang tidak bertanding.

Selepas pilihan raya, pendaftaran parti Dagang iaitu Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) telah dibatalkan dan beliau menyertai Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), kemudiannya Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Pada PRU 2008, beliau terus mengekalkan kedudukannya di kerusi Parlimen Kanowit dengan menang tanpa bertanding dan kini sudah empat penggal menerajui Parlimen tersebut dengan rekod tanpa kalah.

Pada PRU Ke-14,  Aaron nekad bertanding lagi bagi mengekalkan kubunya di Parlimen Kanowit.

Aaron mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan mendapat 9,552 undian pada PRU Ke-14.

Dalam pertembungan satu lawan satu itu, beliau menentang Satu Anchom daripada Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 5,240 undi dan majoriti undian sebanyak 4,312

Beliau memegang selama empat penggal kerusi Parlimen Kanowit sejak tahun 2018 hingga kini.

Melihat pelbagai kejayaan dan pembangunan dibawa ke kawasan Kanowit selain berbakti kepada masyarakat, Dagang menerima pingat Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena hari keputeraan baginda pada 5 June 2010.

Pada Pru15, Aaron mewakili GPS akan bertanding di Parlimen P210 kanowit, Sarawak menentang lima lawannya dimana tiga daripada mereka adalah calon bebas, dan satu calon dari PH. 

Aaron sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Kanowit meraih 7,411 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 236.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Perpaduan Negara (2022)
  • Timbalan Menteri Kesihatan II bermula pada 10 Mac 2020
  • Ahli Parlimen Kanowit(2004-kini)
  • Bekas setiausaha politik kepada Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P209 Kanowit
  • PRU12- P210 Kanowit
  • PRU13- P210 Kanowit
  • PRU14- P210 Kanowit
  • PRU15- P210 Kanowit

Kerusi Bertanding DUN: Tiada