JOSEPH SALANG ANAK GANDUM

Datuk Joseph Salang Gandum merupakan penyandang kerusi Parlimen Julau sejak tahun 1999 akhirnya tumbang selepas tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 dengan calon Bebas Larry Sng Wei Shien.

Beliau merupakan bekas Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan yang dilantik pada 2009.

Salang adalah pegawai bank sebelum memasuki politik. Beliau terpilih ke Parlimen pada pilihan raya 1999. Pada asalnya, beliau adalah anggota (dan timbalan presiden) Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), tetapi berada di Parlimen tanpa parti setelah PBDS dibatalkan pendaftarannya pada tahun 2004. 

Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Luar Negeri dan Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi.

Bagaimanapun pada 2013, beliau menolak pelantikan Timbalan Menteri selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Bekas ahli PBDS ini telah menyertai Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada 2008.

Permintaan dan pujukan pengundi menjadi punca Datuk Joseph Salang Gandum menawarkan diri kembali bertanding di Julau pada Pru15, Jelas Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu, peranannya sebagai salah seorang pemimpin tertinggi GPS, turut mempengaruhi keputusannya kembali ke kerusi yang pernah didudukinya selama empat penggal.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan (2009-2013)
  • Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi(2008-2009)
  • Timbalan Menteri Luar Negeri (2004-2008)
  • Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P208 Julau
  • PRU12- P209 Julau
  • PRU13- P209 Julau
  • PRU14- P209 Julau
  • PRU15- P209 Julau

Kerusi Bertanding DUN: Tiada