Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Anak Kujat mewakili Parti Sarawak Bersatu (PSB) sejak 2019.
Semasa berada di dalam Barisan Nasional (BN), beliau bertanding atas tiket Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan kali pertama dipilih sebagai wakil rakyat sejak dari tahun 2008.
Sejak 2008, beliau tidak pernah tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) dan sudah tiga penggal memenangi kerusi Parlimen Sri Aman.
Beliau berketurunan iban telah dilahirkan pada 7 Ogos 1954 dan mendirikan rumah tangga bersama Datin Dora Jemat.
Dalam pada itu, Masir juga pernah memegang jawatan timbalan menteri dalam negeri II sejak 2015 hingga 2018.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) menentang calon Barisan Nasional (BN), Norina Umoi Utot yang mendapat 8,321 undi manakala calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDSB) hanya meraih 538 undi.
Masir meraih undi majoriti 5820.
Pada Pru ke 15, beliau bertanding di parlimen P202 Sri Aman secara bebas.