WONG SOON KOH

Maklumat Diri
Asal
Sibu, Sarawak
Tarikh lahir
16/5/1942

Datuk Seri Wong Soon Koh pernah berkhidmat sebagai Menteri Perdangangan Antarabangsa dan E-Dagang merangkap Menteri Kewangan II kerajaan negeri Sarawak.

Bagaimanapun, beliau juga  Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) meletak jawatan daripada kabinet negeri.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan enam penggal melahirkan rasa kecewa selepas kabinet negeri memutuskan tiada ahli PSB dilantik sebagai Kaunselor di pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Wong dan isterinya melahirkan empat anak, tiga perempuan dan seorang lelaki. Pada 10 Februari 2019, anak lelaki Wong, Andrew, telah meninggal dunia yang juga bekas calon Barisan Nasional pada PRU 14 bertanding kerusi Parlimen Sibu.

Menyentuh manifesto partinya untuk PRU15 pada sidang media itu, Wong berkata mereka mahu memberi biasiswa penuh kepada pelajar Sarawak yang belajar bukan sahaja di universiti di negeri ini malah di Malaysia Barat.

"Untuk universiti luar negara, kita bagi separuh biasiswa. Bukankah lebih baik PSB diberi pilihan oleh rakyat?" dia tanya.

Wong juga menggesa Kerajaan Negeri memberi biasiswa penuh dan bukannya separuh kepada Universiti Teknologi Sarawak kerana "Yayasan Sarawak sangat kaya dengan wang tunai."

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi Parlimen Sibu akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Tindakan Rakyat (DAP) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Bekas Menteri Perdangangan Antarabangsa dan E-Dagang
  • Bekas Menteri Kewangan II kerajaan negeri Sarawak
  • ADUN  Bawang Assan 

Jawatan disandang dalam politik:

  • Presiden Parti Rakyat Bersatu (PSB)
Pendidikan:
  • Jurusan pendidikan di University of Western Australia, Perth, Australia
  • Kolej Perguruan Sarawak
  • Sekolah Menengah Methodist, Sibu 
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Sarawak Bersatu
Parti: PSB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P212 Sibu

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 10- P212 Sibu N47 Bawang Assan
  • PRN DUN Sarawak 11- P212 Sibu N53 Bawang Assan
  • PRN DUN Sarawak 12- P212 Sibu N53 Bawang Assan