SIM KUI HIAN

Maklumat Diri
Tarikh lahir
18/8/1965
Pasangan
Datin Enn Ong

Datuk Seri Dr Sim Kui Hian adalah Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sejak 2014 merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Dr Sim adalah Ahli Lembaga Pelawat Hospital Umum Sarawak dan pernah memegang beberapa jawatan dalam bidang kesihatan termasuk menjadi presiden Persatuan Jantung Kebangsaan (2008) dan pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia (Sarawak) (2007).

Beliau dilahirkan pada 18 Ogos 1965 merupakan anak kepada Tan Sri Datuk Amar Sim Kheng Hong yang merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak dari tahun 1974 hingga 1991.

Dr Sim tidak asing dengan dunia politik Sarawak.

Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa sejak 2016 hingga kini. Mencipta sejarah, beliau berjaya merampas kerusi DAP di kawasan N14 Batu Kawah yang disandang calon DAP, Christina Chiew Wang See. 

Pilihan raya 2011, Christina menang di Batu Kawah dengan majoriti 543 undi.

Pada 26 Mei 2014, beliau mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Pencapaian
Kerjaya:

Jawatan yang pernah disandang kabinet dan politik;

  • Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak
  • Senator Dewan Negara (2014)
  • Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) (2014-kini)
Pendidikan:
  • Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) daripada Universiti Monash, Australia 
  • pengajian kardiologi di Monash Medical Center di Melbourne
  • Sekolah Menengah St. Joseph, Kuching
  • Sekolah Rendah Chung Hua 
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: SUPP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sarawak 12

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P196 Stampin

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 10- P195 Bandar Kuching N10 Pending
  • PRN DUN Sarawak 11- P196 Stampin N14 Batu Kawah
  • PRN DUN Sarawak 12- P196 Stampin N14 Batu Kawah