Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Batu Lintang, Sih Hua Tong antara ahli SUPP yang masih setia dan berpegang teguh terhadap perlembagaan parti.
Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung SUPP pusat terus memilih SUPP sebagai salah satu parti kompenan Barisan Nasional Sarawak meskipun tewas pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11).