RANUM ANAK MINA

Ranum Anak Mina merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar setelah memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Beliau menyandang kerusi DUN Opar selama 15 tahun (tiga penggal) sejak 2001 atas tiket Barisan Naional (BN) daripada Parti Rakyat Bersatu (UPP) yang kini dikenal sebagai Parti Sarawak Bersatu (PSB) salah satu komponen BN di Sarawak.

PSB merupakan parti serpihan daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) selepas parti itu keluar daripada BN pada 12 Jun 2018 susulan kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Pada 18 Disember 2019 lalu, PSB mengumumkan Ranum akan bertanding seklai lagi di kerusi DUN Opar pada PRN Sarawak ke-12 yang dijadualkan berlangsung selewat-lewatnya 2021.  

Beliau merupakan bekas pegawai di Jabatan Penerangan dan pernah menjadi anggota tentera.

Selepas meninggalkan alam persekolahan, beliau menyertai Rejimen Ranger ke-2 dan seterusnya menjalani latihan komando sebelum bertugas di unit risikan. 

Beliau pernah menjadi Pegawai Waran 1 dan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di sekolah perisik tentera di Sungai Buloh, Selangor.

Malah, Ranum turut dilantik sebagai Pegawai Perisikan Tentera Negeri Sembilan pada 1983.

Ketika ditugaskan di Kedah, beliau terlibat dalam Operasi Daoyai-Musnah bersama tentera Thailand.

Di sinilah beliau bertemu pasangannya yang ketika itu bertugas sebagai jururawat di Sungai Petani, Lu Sai Ngoh.

Ranum pulang berkhidmat di Sarawak pada 1987 sebagai Koordinator Pengawal Keselamatan Lapangan untuk Sabah dan Sarawak.

Selepas bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia pada 1992, beliau bekerja di Jabatan Penerangan.

Keinginannya untuk menceburi bidang politik banyak dicetuskan oleh mantan Timbalan Menteri Pertanian, Allahyarham Datuk Ramsay Jitam yang pertama kali ditemui pada awal 1980-an.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pegawai Jabatan Penerangan (1992)
  • Koordinator Pengawal Keselamatan Lapangan untuk Sabah dan Sarawak (1987)
  • Pegawai Perisikan Tentera, Negeri Sembilan (1983)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Sarawak Bersatu
Parti: PSB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sarawak 12

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 10- P192 Mas Gading N1 Opar
  • PRN DUN Sarawak 11- P192 Mas Gading N1 Opar
  • PRN DUN Sarawak 12- P192 Mas Gading N1 Opar