Datuk Lee Kim Shin dilahirkan pada 28 Februari 1950 merupakan seorang ahli politik dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan dalam Kabinet Sarawak dan ADUN lima penggal bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak yang mewakili DUN Senadin sejak 1996.
Lee adalah lulusan dari Universiti Sains Malaysia (USM) dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (B.Soc.Sc.) (Kepujian).
Dia juga dianugerahkan dengan Doctor of Letters honoris causa dari Universiti Curtin, Australia Barat.