SHARIL SHAHRIR AB SAMAD

Maklumat Diri
Asal
Kuantan Pahang
Tarikh lahir
22/11/1949
Pasangan
Puan Sri Shahrizan Abdullah

Tokoh veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad merupakan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Beliau dilahirkan pada 22 November 1949 pernah menjadi pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Malaysia (PAC) dan bekas Ahli Parlimen Johor Bahru selama empat penggal.

Abang kepada Khalid Abdul Samad ini merupakan bekas pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

Pada mulanya dilantik menjadi Timbalan Menteri, Perdagangan dan Industri, tetapi kemudiannya menjadi Menteri Kebajikan, Pemuda dan Sukan , dan pada tahun 1987 beliau telah mengambil jawatan Menteri Wilayah Persekutuan. 

Beliau juga berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Perdana Menteri Tun Hussein Onn dari tahun 1983 hingga 1986. Shahrir telah dipecat pada tahun itu di dalam peristiwa-peristiwa yang membawa kepada Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 dan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah kepada Perdana Menteri dan Presiden UMNO TunMahathir Mohamad. 

Kemudian pada tahun 1988, Shahrir meletakkan jawatan daripada kerusi parlimennya, dan kemudiannya mencalonkan dirinya untuk dilantik semula sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil kerusi parlimen berkenaan. Setahun kemudiannya, beliau menyertai UMNO semula, manakala Razaleigh keluar untuk membentuk Semangat 46.

Bagaimanapun beliau telah kembali ke Kabinet selepas 22 tahun. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada 18 Mac 2008 tentang pelantikan Shahrir sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hingga 2009.

Beliau juga diberi kepercayaan menggalas jawatan pengerusi Felda selama setahun pada 2017 hingga 2018.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli politik

Jawatan yang pernah disandang{

  • Setiausaha Politik (Allahyarham Tun Dr. Ismail –Menteri Perdagangan & Perindustrian, Tan Sri Musa Hitam – Menteri Perusahaan Utama, Allahyarham Tun Abdul Razak – Perdana Menteri dan Allahyarham Tun Hussein Onn – Perdana Menteri)
  • 1978-1979: Setiausaha Parlimen, Jabatan Perdana Menteri 
  • 1980-198: Timbalan Menteri Kewangan
  • 1982-1983: Timbalan Menteri Perdagangan & Perindustrian
  • 1983-1985: Menteri Wilayah Persekutuan
  • 1985-1987: Menteri Kebajikan
  • Ahli Exco dan Presiden, Commonwealth Parliamentary Association (CPA)
  • Pengerusi, Jawatan Kuasa Kira-kira wang Negara (Public Accounts Committee atau PCA)
  • Pengerusi, Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
  • Pengerusi, BNBBC
  • Pengerusi/Pengarah Urusan Saske Corporation SDn. Bhd.
  • Pengerusi/Pengarah Urusan Saskevest Sdn. Bhd
  • 2008-2009:  Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  • 2017- 2018: Pengerusi FELDA
Pendidikan:
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
  • Ijazah Sarjana dalam bidang perniagaan di IMEDE (sekarang dikenali IMD), Lausanne, Switzerland (1977)
  •  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perangkaan dari Universiti Malaya (1972)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P160 Johor Bahru
  • PRU12- P160 Johor Bahru
  • PRU13- P160 Johor Bahru
  • PRU14- P160 Johor Bahru

Kerusi Bertanding DUN: Tiada