RICHARD RIOT ANAK JAEM

Maklumat Diri
Asal
Kampung Pichin, Serian, Serawak
Tarikh lahir
1/12/1951
Pasangan
Mincha @ Kayen Lingeng

Kekal kukuh di kerusi Parlimen Serian sejak 1995 membuktikan Richard Riot Anak Jaem berjaya membina kubu Barisan Nasional (BN) yang teguh sepanjang tempoh itu.

Walaupun berhadapan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, Richard menang dengan mendapat 17,545 undian.

Beliau menewaskan calon Pakatan Harapan, Edward Andrew Luwak yang mendapat 7,640 dan calon Bebas, Senior William Rade dengan 2,234 undi.

Richard menang dengan kelebihan undi 9,905.

Rekod tanpa kalah mantan Menteri Sumber Manusia ini menjadikan beliau tokoh politik yang disegani.

Ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) daripada ini dilahirkan pada 1 Disember 1967 dan mendirikan rumah tangga bersama Datin Seri Mincha@Kayen Lingeng.

Datuk Seri Richard Riot Jaem sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Serian meraih 22,876 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 16,697.

PRU kali ini  menyaksikan GPS mencipta sejarah apabila mencalonkan semula Datuk Seri Richard Riot Jaem, 71, yang akan bertanding untuk mempertahankan kerusinya untuk kali kelapan – sekali gus mencipta sejarah sebagai ahli parlimen paling lama berkhidmat di Sarawak – sejak 1990.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Serian (1995-kini)
  • Menteri Sumber Manusia (2015 – 2018)
  • Bekas Timbalan Menteri Luar Negeri
  • Pengerusi Cawangan Serian Rakyat Bersatu Sarawak (1993-kini)
  • Pengerusi Jawatankuasa Audit Lembaga Pemegangan dan Pemulihan Sarawak
  • Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (2007-2008)
  • Ahli Jawatankuasa Pusat, peringkat Negeri (Disember 1995)
  • Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
  • Penolong Setiausaha Agung dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
Pendidikan:

Pencapaian akademik:

  • Ijazah Doktor Kehormat Kepimpinan Transformasi oleh Lim Kok Wing University
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Preston University, Amerika Syarikat
  • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Institut Pentadbiran Perniagaan Chartered (Ireland), Teoranta pada tahun 1994
  • Diploma Personil Pengurusan dari Cambridge Tutorial College, Jersey, Britain
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P199 Serian
  • PRU12- P199 Serian
  • PRU13- P199 Serian
  • PRU14- P199 Serian
  • PRU15- P199 Serian

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan RICHARD RIOT ANAK JAEM

Video Berkaitan RICHARD RIOT ANAK JAEM