ROSEY YUNUS

Rosey Yunus dari bekas Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) merupakan penyandang DUN Bekenu setelah menang sekali lagi pada Pilihan raya DUN Sarawak 2011 pada 16 April 2011 atas tiket Barisan Nasional. 

Beliau dilahirkan pada 16 Januari 1956 telah menjadi ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu selepas keluar dari SPDP pada 2014.

Graduan dari Universiti Malaya, merupakan Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga Negeri Sarawak dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik (Kepujian) serta diploma pendidikan pada 1980.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga Negeri Sarawak ( 2011-kini)
  • ADUN Bekenu (2006-kini)
Pendidikan:
  •  Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik (Kepujian) Universiti Malaya
  • Diploma pendidikan (1980)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sarawak 12

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 11- P218 Sibuti N71 Bekenu
  • PRN DUN Sarawak 12- P218 Sibuti N71 Bekenu