TIONG KING SING

Maklumat Diri
Telefon
03 - 8074 8201
Asal
Sarawak
Tarikh lahir
3/9/1961
Pasangan
Datin Seri Hew Mui Lan

Datuk Seri Tiong King Sing adalah calon PDP bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N52 Dudong, Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.

Beliau dilantik sebagai Menteri Pelancongan.

Beliau merupakan ahli Parlimen Bintulu sejak 1999 dan dilantik menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020.

Bagaimanapun beliau menolak dan tidak angkat sumpah jawatan tersebut.

Kemudian, beliau telah dilantik Duta Khas bertaraf Menteri kepada Perdana Menteri ke China pada 20 April 2020. 

Di peringkat akar umbi, beliau merupakan setiausaha agung Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan pernah dilantik Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak pada 2013 hingga 2018.

Manakala di peringkat parlimen pula, beliau merupakan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) dilantik pada 2008 hingga 2018.

Dalam kerjayanya, King Sing mempunyai kepentingan besar dalam dua syarikat Wijaya Baru Global Bhd dan Wijaya Baru Holdings Sdn Bhd, yang menguasai Kuala Dimensi Sdn Bhd.

Namun pada masa sama,ahli perniagaan ini didakwa terlibat dalam skandal PKFZ seperti mana dilaporkan dalam media tempatan Cina.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke - 14, beliau nekad bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Bintulu.

King Sing mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan mendapat 27,076 undian pada PRU Ke-14.

Dalam pertembungan tiga penjuru itu, beliau menentang Chiew Chan Yew @ Tony Chiew Chan Yew daripada Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 20,054 undi dan majoriti undi sebanyak 7,022.

Turut bertanding, Chieng Lea Phing yang hanya mendapat 328 undi sahaja. 

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Bintulu, Dato Sri Tiong King Sing dijangka tidak menghadapi masalah mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini berdasarkan usaha serta kerja kerasnya memajukan kawasan itu selama ini.

Tiong yang bertanding bagi penggal keenam telah menunjukkan perkhidmatan yang sangat cemerlang sepanjang menjadi wakil rakyat di Parlimen Bintulu.

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi Parlimen Bintulu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Tindakan Rakyat (DAP) dan Perikatan Nasional(PN).

Datuk Seri Tiong King Sing sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Bintulu meraih 43,455 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 22,168.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Pelancongan (2022)
  • Duta Khas bertaraf Menteri kepada Perdana Menteri ke China pada 20 April 2020
  • Ahli Parlimen Bintulu (1999-kini)
  • Tokoh korporat

Jawatan disandang dalam politik:

  • Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak(2013-2018)
  • Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC)(2008-2018)
  • Bendahari Agung Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
  • Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) (2016)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P216 Bintulu
  • PRU12- P217 Bintulu
  • PRU14- P217 Bintulu
  • PRU15- P217 Bintulu

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 12- P211 Lanang N52 Dudong

Artikel Berkaitan TIONG KING SING

Video Berkaitan TIONG KING SING