Tan Sri William Mawan Ikom adalah calon PBB bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N47 Pakan, Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.
Beliau telah menubuhkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) atau Sarawak People Energy Party, yang merupakan satu parti baru serpihan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan didaftarkan serta diluluskan pendaftarannya oleh ROS pada tahun 2013 dan mahu memohon menyertai Barisan Nasional.
Bekas Menteri Pembangunan Sosial Sarawak, Tan Sri William Mawan Ikom merupakan ADUN Pakan merangkap Ahli Parlimen Saratok.
Lebih 20 tahun bersama BN, beliau juga bekas Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).