NOGEH ANAK GUMBEK

Maklumat Diri
Pasangan
Caroline Mawas anak Sabai

Penyandang kerusi Parlimen Mas Gading, Datuk Anthony Nogeh Gumbek tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 selepas pertembungan satu lawan satu dengan DAP.

Beliau mesra dikenali sebagai Nogeh Gumbek adalah merupakan Setiausaha Agung Parti Demokratik Progresif yang pertama selepas parti tersebut bertukar nama dari Parti Demokratik Progresif Sarawak.

Beliau juga merupakan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II disamping Datuk Sri Tajuddin Abdul Rahman semasa rombakan Kabinet Malaysia 2015 lalu.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Kawasan Mas Gading (2008-2013)
  • Timbalan Pengurus Besar Lembaga Pematuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (2010 - 2013)
  • Pengurus Korporat Lembaga Pematuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (2002-2009)
  • Pengurus Korporat Borneo Pulp & Paper Sdn Bhd(1997 - 2002)
  • Setiausaha Korporat Lembaga Pematuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (1989 - 1997)
  • Pegawai Undang-Undang Lembaga Kemajuan Bintulu(1980 - 1988)

Jawatan disandang dalam politik;

  • Ahli Majlis Tertinggi Barisan Nasional Malaysia (2014)
  • Ketua Barisan Nasional Kawasan Mas Gading (2014)
  • SPDP Setiausaha Agong (2014)
  • Ahli Majlis Tertinggi SPDP (2013-2014)
  • Pengerusi Lembaga Penasihat Kolej Komuniti Mas Gading
  • Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen Mas Gading
Pendidikan:
  • Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian), Universiti London (1979)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: SPDP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P192 Mas Gading
  • PRU14- P192 Mas Gading

Kerusi Bertanding DUN: Tiada