TALIF LEN SALLEH

Datu Len Talif Salleh adalah calon PBB bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N41 Kuala Rajang, Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.

Beliau merupakan Menteri Muda Pembangunan, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak merangkap ADUN Kuala Rajang.

Memiliki kreadibiliti dan sentiasa mendengar keluhan masyarakat, beliau telah menang bertanding di DUN Kuala Rajang selama dua penggal iaitu 2011 hingga kini. 

Beliau juga adalah ahli jawatankuasa (dilantik) bagi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Ketua Cawangan PBB Kuala Rajang.

Terlebih dahulu, PBB Kuala Rajang Zon Sarikei mengandungi 12 ranting dari Sarikei, Selalang, Sare, Kerapa/Kerubong, Muara Payang dan Bukit Kinyau.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Muda Pembangunan dan Sumber Asli Sarawak (2016-kini)

Jawatan disandang dalam politik;

  • ADUN Kuala Rajang (2011-kini)
  • Ahli jawatankuasa (dilantik) bagi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak
  • Ketua Cawangan PBB Kuala Rajang
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sarawak 12

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 10- P206 Kuala Rajang N35 Belawai
  • PRN DUN Sarawak 11- P206 Kuala Rajang N41 Kuala Rajang
  • PRN DUN Sarawak 12- P206 Tanjong Manis N41 Kuala Rajang