ROBERT LAWSON CHUAT

Maklumat Diri
Asal
Ulu Paku, Betong
Tarikh lahir
14/6/1958
Pasangan
Claudia Regina Janting
Anak
5 Anak

Bertanding di kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 memberi laluan mudah kepada Robert Lawson Chuat.

Walaupun menjadi muka baharu bertanding di kerusi Parlimen Betong yang selama tiga penggal menjadi milik Douglas Uggah Embas namun beliau berjaya memperoleh majoriti 8.116.

Berhadapan dengan pertembungan tiga penjuru, beliau menentang calon Bebas, Abang Ahmad Abang Suni yang meraih 4,401 undi dan calon Pakatan Harapan (PH), Noel Changgai Bucking dengan 3,802 undi.

Robert yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak 2006 yang kemudiannya bergabung dengan Parti Gabungan Sarawak dan menyokong Perikatan Nasional di peringkat persekutuan.

Bapa kepada lima cahaya mata ini juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban setelah menang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2006.

Dilahirkan pada 14 Jun 1958, beliau mendapat pendidikan awal di Betong, Sarawak sebelum menyambung pengajian dalam bidang Perniagaan di Brighton Polytechnic, United Kingdom.

 


 

 

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Betong (2018-kini)
  • ADUN Bukit Saban (2006-2016)
Pendidikan:
  • Diploma perniagaan dari Brighton Polytechnic, United Kingdom
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P204 Betong

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 10- P204 Betong N32 Bukit Saban

Video Berkaitan ROBERT LAWSON CHUAT