JULAIHI NARAWI

Datuk Julaihi Narawi merupakan Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap ADUN Sebuyau.

Beliau dilahirkan pada 12 April 1955 adalah Naib Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak.  

Ahli PBB ini telah mewakili kawasan DUN Sebuyau lebih tiga penggal bermula pada tahun 1996 ketika berusia 41 tahun.

Pada Pilihan Raya DUN Sarawak 1996, beliau menang tanpa bertanding dan pada Pilihan Raya DUN Sarawak 2001, beliau menang dengan majoriti 4126 mengalahkan Mohamad Akek (PKR) dan Dayang Saadiah Mat (Bebas) yang hanya memperolehi undi sebanyak 1074 dan 341 undi.

Pada Pilihan Raya DUN Sarawak 2006 pula, undi beliau merosot, Julaihi hanya mampu mengekalkan undi sebanyak 3748 dengan majoriti 2448 menewaskan calon PKR, Mohamad Akek yang berjaya meningkatkan undi menjadi 1300 undi. 
 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (2016-kini)
  • ADUN Sebuyau (2016-kini)

Jawatan disandang dalam politik;

  • Naib Yang di-Pertua PBB
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sarawak 12

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 10- P201 Batang Lupar N22 Sebuyau
  • PRN DUN Sarawak 11- P201 Batang Lupar N27 Sebuyau
  • PRN DUN Sarawak 12- P201 Batang Lupar N27 Sebuyau