FATIMAH BT ABDULLAH TING SAI MING

Datuk Seri Fatimah Abdullah dilahirkan pada 1 Februari 1957 merupakan ADUN Dalat, Sarawak sejak 2001 dan juga memegang portfolio Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Masyarakat Sarawak.

Fatimah berasal dari Kampung Teh di Dalat, Sarawak. Bapanya berketurunan Foochow Cina dan ibunya berketurunan Melanau. Beliau atau nama asalnya Ting Sai Ming telah memeluk Islam dan merupakan seorang pendidik. 

Bekas pengetua di Sekolah Kebangsaan Puteri Wilayah di Kuala Lumpur telah mendirikan rumah tangga dengan Datu Dr Adi Badiozaman Tuah, seorang aktivis sosial dan pengarah Majlis Islam Sarawak bagi Biro Perkhidmatan Pendidikan dan mereka mempunyai dua anak.

Fatimah merupakan Ketua Pergerakan Wanita Parti PBB telah dianugerahkan Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Patinggi Abang Muhamad Salahuddin pada 28 September 2011.

Pada September 2017, beliau dianugerahkan Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS yang membawa gelaran Dato Sri oleh oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Masyarakat Sarawak (2016-kini)
  • ADUN Dalat (2001-kini)
  • Bekas pengetua di Sekolah Kebangsaan Puteri Wilayah di Kuala Lumpur 

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua Pergerakan Wanita Parti PBB
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sarawak 12

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 10- P213 Mukah N50 Dalat
  • PRN DUN Sarawak 11- P213 Mukah N56 Dalat
  • PRN DUN Sarawak 12- P213 Mukah N56 Dalat