ABDUL RAHMAN JUNAIDI

Maklumat Diri
Telefon
082 - 646604
Asal
Kampung Surabaya, Sebarang Hilir
Tarikh lahir
26/1/1961

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai yang bertanding atas tiket Barisan Nasional pada Pilihan Raya umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

Pada PRU14, Abdul Rahman menang dengan mendapat 10,918 undian ketika menentang Zainal Abidin Yet daripada parti Pas yang mendapat undi 1,658.

Majoriti undi yang diperoleh sebanyak 9,260.

Beliau sebenarnya calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang merupakan parti komponen BN di Sarawak.

Bagaimanapun, sebaik memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang diadakan pada 9 Mei 2018, empat parti komponen menarik diri daripada gabungan.

Pada Jun 2018, empat parti komponen BN di Sarawak, iaitu PBB, Sarawak United Peoples’ Party (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) menarik diri daripada gabungan itu setelah bersama sejak 1974.

Kini, keempat-empat parti itu dikenal dengan nama baharu iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan kekuatan 18 Ahli Parlimen.

Abdul Rahman dilahirkan pada 26 Januari 1961 di Sebarang Hilir di sebuah kampung bernama Surabaya. 

Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Pandungan sebelum dipilih Yayasan Sarawak untuk untuk beliau sambung belajar di Sekolah Menengah Sains Pahang yang kini dikenal sebagai Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.

Setelah menamatkan sesi persekolahan, beliau menyambung pengajian ke Pengajian Perubatan Universiti Malaya.

Mula menceburi bidang politik pada tahun 1994 dengan menyertai PBB. 

Sebulan kemudian, beliau ditawarkan menjadi Ketua Pemuda cawangan Kampung Surabaya. 

Beberapa tahun kemudian, beliau bertanding dan memenangi jawatan Ketua Bahagian PBB.

Pada 2001, Abdul Rahman diberi kepercayaan untuk bertanding di kerusi DUN Pantai Damai dan berjaya memenangi kerusi tersebut.

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Pantai Damai (2018 hingga kini)
  • Doktor
  • Ketua Bahagian PBB
  • Ketua Pemuda cawangan Kampung Surabaya
Pendidikan:
  • Pengajian Perubatan Universiti Malaya
  • Sekolah Menengah Sains Pahang
  • Sekolah Rendah Pandungan
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sarawak 12

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 10- P193 Santubong N4 Pantai Damai
  • PRN DUN Sarawak 11- P193 Santubong N4 Pantai Damai
  • PRN DUN Sarawak 12- P193 Santubong N4 Pantai Damai